Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pembangkang hilang modal kritik kerajaan isu 1MDB

Pembangkang hilang modal untuk mengkritik kerajaan dan terkedu apabila lawatan rasmi selama dua hari Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson ke negara ini bermula 8 Ogos lalu, positif dalam membincangkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Ahli Parlimen Kuala Sela­ngor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, pertemuan pemimpin
Loading...
tertinggi AS itu difahamkan tidak menyentuh soal saman sivil Jabatan kehakiman (DOJ) AS yang berkaitan dengan 1MDB dan ini sekali gus membuktikan saman DOJ itu tidak berasas.

Katanya, tidak mungkin pemimpin utama White House yang mewakili Presiden AS ini hadir untuk membuat lawatan kerja rasmi jika dakwaan DOJ itu benar-benar serius.

“Pertemuan ini lebih tertumpu kepada mem­per­ku­kuh­kan hal ehwal hubungan dua hala dan turut membincangkan isu berkaitan perdagangan, keganasan serta isu antarabangsa.

“Nampaknya modal pembangkang untuk menggunakan isu saman sivil DOJ semakin tersungkur dan hilang,” katanya dalam satu kenyataan.

Lawatan rasmi itu merupakan lawatan pertama Tillerson ke negara ini sejak dilantik sebagai Setiausaha Negara di bawah pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.
Loading...
Back To Top