Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Koleksi cerita lucu dan lawak anak dan bapa

Loading...

Mengapa Rambut Ayah Ada Uban

Pada suatu petang, seorang ayah dan budak lelakinya sedang makan pisang goreng. Melihat rambut si ayah, si anak pun berkata,

"Mengapa rambut Ayah ada ubannya?"

Ayahnya pun menjawab, "Setiap kali kamu degil, rambut ayah tumbuh uban..."

Si anak pun berkata, "Maksudnya ayah lebih degil dari saya sebab uban datuk lebih banyak daripada ayah, kan?!!

Ayah : .......



Perbualan anak dan ayah semasa makan malam

Anak: Ayah boleh ke kita makan lalat?
Ayah: Tak elok cakap pasal benda-benda macam tu di atas meja makan. Lepas makan nanti kita                      bincang.

Selepas makan...

Ayah: Apa yang Amir nak tanya tadi?
Anak: Oh takde apa-apa tadi ada lalat dalam sup ayah. Sekarang dah tak ada



Perbualan anak dan ibu tentang ayahnya

Anak: Mak mengapa bapak botak
Emak: Kerana bapak kamu orang yang bijak
Anak: Habis kenapa rambut mak banyak
Emak: Kamu diam!! Masa makan jangan banyak bercakap!! ( separuh menjerit )


Loading...
Back To Top