Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

KENAPA KELUARGA MAHATHIR PERLU TAKUT JIKA TIDAK BERSALAH?

Loading...
Jika tidak bersalah, anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu takut disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Ujarnya, LHDN hanya menjalankann tugas yang diamanahkan untuk mengutip cukai ke atas setiap rakyat yang layak serta syarikat berdaftar secara sah di negara ini.

“Biarlah LHDN buat kerja. Kalau anak Tun Mahatahir tak bersalah buat apa nak risau. Kecuali anak-anaknya ataupun syarikat di bawah Tun M tak bayar cukai.

“Sebagai warganegara, saya rasa ramai yang bertanggungjawab membayar cukai. Kalau dah bayar cukai dan laksana tanggungjawab apa nak takut,” katanya kepada Antarapos.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu semalam mengesahkan syarikat anak-anaknya disiasat LHDN dan beliau menyifatkan tindakan itu sebagai salah guna kuasa.

Dr Mahathir juga mahu LHDN serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyiasat pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) yang lain.

Mengulas perkara itu Armand berkata Dr Mahathir harus akur rakyat juga tertanya-tanya berkenaan sumber kekayaan beliau dan juga anak-anaknya yang lain.

“Sebelum Tun Mahathir nak bercerita kekayaan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak), saya rasa nak beli cermin kepada Tun. Kalau nak cerita tentang kekayaan, anak beliau berada dalam ranking top 10 orang paling kaya di negara ini.

“Kalau LHDN datang nak cek saya, datanglah cek. Dia (Dr Mahathir) gusar sangat kenapa? Sedangkan kita tahu keluarga Tun Mahathir ada 400 syarikat. Kalau bukan sebab bin Mahathir, ingat keluarga mereka ada 400 syarikat?,” soal Armand.

Terdahulu, pemimpin Umno BN termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan untuk disiasat SPRM namun mahu Dr Mahathir juga bersedia untuk diambil tindakan sama.

Dr Mahathir sebelum itu menuduh Ahmad Zahid pernah memiliki RM230 juta sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno.

Ahmad Zahid kemudiannya menafikan meraih sebarang pendapatan sebegitu menerusi rasuah.
Loading...
Back To Top