*TAHNIAH PIMPINAN PAKATAN HARAPAN:RAKYAT MENANTI PENUH YAKIN*
1. Tahniah untuk semua pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang telah mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH pada tanggal 13 Julai 2017 lalu telah mencapai kata sepakat serta menzahirkan kesatuan fikiran dan kebulatan tekad untuk merubah masa depan Malaysia dengan jayanya serta menyusun struktur organisasi PH dengan *menggabungkan tokoh kepimpinan dari pelbagai latar belakang dan pengalaman bagi memimpin dan menggerak PH bersama rakyat Malaysia kehadapan demi merubah masa depan Malaysia dengan agenda perubahan yang jelas*.
2. Sikap tolak ansur dan jiwa besar dalam *mengakui kelemahan dan kekurangan serta kelebihan parti masing -masing* akan menjadi tunjang kekuatan dengan menggabungkan sumber pengalaman,kepakaran dan kepimpinan yang mampu menyahkan UmnoBN dari politik kuasa di Malaysia pada Pru14 nanti.
3. Saya mengharapkan selepas ini perlu penyelesaian kepada agenda yang lebih konkrit dan terperinci didalam manifesto yang menyentuh *reformasi institusi yang benar-benar memberi keadilan dan melindungi negara demi rakyat*.PH perlu menggerakan gelombang baru bagi menghadapi Pru14 kelak.Kesedaran rakyat khususnya bangsa Melayu perlu digerakkan agar minda *melayu tidak tertelan racun perkauman UmnoBN*.
PH perlu segera didaftarkan bersama dengan lambang PH.Kepimpinan perlu segera menentukan strategi andai PH tidak diluluskan sebelum Pru14. Agenda menghadapi Pru14
Loading...
dengan satu lambang mesti diteruskan dan PH perlu segera menetapkan *lambang rasmi PH yang mana ianya akan digunakan dalam Pru14 nanti*.
4. PH dan parti-parti komponen PH sewajarnya membawa 'politik baru' dalam pengurusan dan pendekatan kepimpinan. *Bersedialah dengan lapang dada dan bersikap terbuka dengan kritikan dari ahli bawahan* serta menerima perbezaan pandangan dan pendekatan. *Harapan rakyat kini hanya kepada PH.Tiada lain yang diharapkan*..Jangan kecewakan rakyat.
Saya mengharapkan *strategi '3 penjuru' mesti dipersiapkan untuk menghadapinya*.Tidak dapat tidak '3 penjuru' tidak dapat dielakkan.Oleh itu saya berkeyakinan jika PH bersiap dari sekarang untuk '3 penjuru', InsyaAllah *PH akan menjadi kuasa baru politik Malaysia pada Pru14 akan datang*.
*Selamat maju jaya buat Pakatan Harapan..Berpakat demi rakyat*.
*Dato' Hj Mahfuz Hj Omar*
Ahli Parlimen Pokok Sena
10am Taman Alwalid Alor Setar
17 Julai 2017/23 Syawal 1438H
Ahli Parlimen Pokok Sena
10am Taman Alwalid Alor Setar
17 Julai 2017/23 Syawal 1438H
Loading...