Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Sikap buruk kebanyakkan orang kalau pergi membeli belah


Ini adalah permandangan biasa yg menyakitkan mata kalau kita ke Tesco, Mydin dan hypermarket yang seumpamanya.Mentaliti sebegini haruslah kita elakkan kerana ianya menunjukkan sikap yg tidak bertanggungjawab, pentingkan diri serta tidak memikirkan orang lain.Trolley cart ni biasa boleh dilihat diletakkan atau ditolak sesuka hati, kadangkala betul-bnetul ditengah-tengah petak tempat letak kereta, hingga menyusahkan orang lain nak masuk parking, sampai kena turun dari kereta untuk alihkan trolley, nampak tak effect dari sikap pentingkan diri kita tu.

Sikap begini juga harus kita elakkan lebih-lebih lagi kalau kita bawa anak-anak, kerana kita sepatutnya menunjukkan sikap yg baik serta positif kepada anak-anak kita, sikap buruk yg kita lakukan ini akan diperhati oleh anak-anak kita dan dijadikan ikutan.Kasihan kepada anak-anak kita.

Rasanya bukanlah sukar sangat untuk kita letakkan balik trolley cart yg telah digunakan ketempat yg telah disediakan, ianya ibarat kita kena flush tandah selepas kita gunakan, takkan kita yg gunakan tandas tu, kemudian kita anggap ada orang lain yg boleh flush atau cucikan kotoran yg telah kta tinggalkan, bukankah amat buruk sikap begitu?

Kita suka mengutuk, memandang rendah kepada warga-warga asing terutamanya yg datang dari negara ketiga seperti bangladesh, nepal,
Loading...
vietnam, myanmar dan sebagainya, kononnya low class tapi sebenarnya kita juga tiada beza langsung dengan mereka jika kita bersikap seperti ini, memang sikap-sikap begini banyak boleh dilihat dinegara-negara ketiga, mentaliti rakyat negara-negara seperti ini memang selalu bersikap sambil lewa, mementingkan diri sendiri serta tidak bertanggungjawab, berbeza dengan orang-orang di eropah dan sebagainya, mereka amat menitik beratkan sikap bertanggungjawab, bertoleransi sesama mereka, amat payah untuk kita lihat pemandangan sebegini di tempat mereka, kerana mentaliti mereka jauh maju kehadapan, sebab tulah negara mereka maju.

Semoga kita semua bermuhasabah diri, bertanggungjawablah sikit, letak balik trolley yg telah digunakan ditempat yg telah disediakan, biarpon kena berjalan sikit, apa salahnya, tak rugi apa-apa pon kerana ianya satu sikap terpuji yg akan memberi kesan positif kepada anak-anak kita dan orang-orang sekeliling, sikap yg baik, InsyaAllah akan diikuti oleh anak-anak kita dan generasi kita yang akan datang.


Loading...
Back To Top