Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

ISTERI CURI BACA HANDPHONE SUAMI. BERSEDIAKAH SI ISTERI MENERIMA KENYATAAN YANG MENAKUTKAN?



 
Si Anita downloand apps tuk baca whatsapp suaminya. Dia nak curi-curi check mana tahu suaminya ada perempuan lain. Segala perbualan suami di whatsapp dapat dilihat di handphonenya. Ya, suaminya curang. Apalagi bergaduh besarlah mereka suami isteri. Sekarang dia rasa sangat tertekan, sampai kurus kering, makan hati. Sampai sekarang masalah diorang tak selesai. Suaminya pulak salahkan dia sebab ceroboh privacynya. Tak hormat dan percaya suami katanya.” - Pengalaman rakan sekerja.

Seorang wanita di Bengaluru, India, Sunitha Singh, baru-baru ini menyerang suaminya dengan pisau dapur setelah membaca mesej di telefon suaminya!

Persoalannya di sini perlu ke kita check handphone suami kita? Sanggupkah korang terima kebenaran bila found out something macam yang berlaku pada Anita. Cukup kuatkah anda? 

Ada para isteri kata, nak check sebab nak cari kebenaran dan nak tengok pasangan kita jujur atau tidak sebagai langkah berjaga-jaga. Bahagia ke korang bila suami kata isteri dia tak percaya atas kejujurannya dan suami rasa terkongkong? Adakah dengan mengawal sebegitu akan membuat sang isteri bahagia dan senang hati?..

Hmm..fikirkan..Mungkin ia boleh mengundang ketidaksefahaman dan isu kepercayaan mula timbul. Menurut kajian, wanita atau lelaki yang suka memeriksa handphone pasangan mereka mempunyai sifat "insecurity" yang kuat dalam diri mereka. Mereka sering risau dan berasa tidak yakin dengan hubungan mereka.
Pada pasangan kekasih pula alasan mereka supaya tak salah pilih. Lagi baik tahu dulu sebelum kahwin…Hmm.. yang ni mungkin make sense jugalah. Terpulang kepada penilaian masing-masing.

Adakah teknologi seperti ini akan meningkatkan penceraian atau sebagai langkah pencegahan bak kata sesetengah para isteri? Tepuk dada tanya selera. Sebagai pasangan suami isteri saya percaya yang anda mahu yang terbaik dan tidak mahu sesuatu yang tidak elok berlaku pada hubungan anda. 

Pada saya, bukan saya tak nak check. Cuma pada saya perkara tak elok lambat-laun akan terbongkar jugak, lambat atau cepat aje. Lagi satu jangan lupa, instinct sorang isteri ni kuat ye. Dia akan dapat rasa something fishy. 

Nak tahu suami kita curang? Mungkin tips di bawah boleh membantu. 

#SUKA BAWAK HANDPHONE KE MANA-MANA. 
Perhatikan jika suami anda asyik bawak handphone dia ke mana-mana. Ke tandas pun handphone tak lepas.Tak pernah letak bebas malah jika kita mahu gunakan handphonenya pun atas pengawasan dia. Si isteri harus alert jika keadaan ini berlaku. Pasti ada sesuatu sampai si suami jadi begitu.

Loading...
justify;">#SUKA KELUAR RUMAH DAN MULA MENIPU.
Suami anda dah mula kerap keluar rumah walaupun hari minggu. Macam-macam alasan mula diberi dan masa bersama anda dan keluarga semakin berkurangan. Suami juga mula cari alasan meeting, makan luar atas urusan kerja, overtime, kursus sampai sanggup menipu! Bila di rumah, dia jadi tak tentu arah dan ada saja alasan nak keluar rumah. 

#TERSASUL CAKAP
Ini memang terjadi tau. Cakap dengan si isteri sampai terkeluar nama perempuan atau panggilan manja yang si suami tak pernah ucap pada isteri. Contoh..baby..sayang abang. Si isteri jangan anggap ni bahan lawak ya. 

#JADI TERLEBIH LOVING/CARING ATAU SEBALIKNYA
Suami anda tiba-tiba jadi happy semacam, loving dan caring? Jangan cepat cair dengan pujian-pujian dan kata-kata yang sweet dari suami anda. Itu kerana dia sedang asyik di lamun cinta dan perasaan itu kadang-kadang boleh tertempias pada anda. Pandai-pandailah menilai dan jangan jadi lurus sangat. Tapi ada situasi yang berlainan dimana si suami menjadi sebaliknya. Suami dah mula marah-marah, cakap pun tak semesra dulu hanya yang perlu saja dan leka melayan diri sendiri. Macam kita tak wujud di dunia ini. 

#PHONE LETAK PASSWORD DAN TAK KASI KITA GUNA HANDPHONE DIA.
Bila suami dah mula pandai letak password pada handphone dia pasti ada something yang dia cuba sorokkan. Bila kita tanya password dia melengah-lengah dan dia akan terus ambil handphone dan buka untuk kita.  Mungkin selepas kita sudah tahu passwordnya dia akan menukarnya atau mula hide atau delete isi-isi dalam handphonenya.

#SUAMI PUNYA HANDPHONE LAIN
Haa..ni lagi bahaya. Mungkin si suami lebih bijak dengan menggunakan handphone lain. Sama ada dia akan menyembunyikannya atau memberi alasan handphone itu di beri syarikat atas tujuan kerja. Jangan ambil ringan ya.

#SUAMI MULA PANDAI BERGAYA
Bila tiba-tiba suami anda yang bukan kaki bergaya, tiba-tiba dah mula tayang badan. Baju sentiasa bergosok, rambut & janggut di trim kemas, minyak wangi semerbak baunya dan macam-macam lagilah. Suami mula pandai memilih baju apa yang di perlu pakai sedangkan selama ni dia tak kisah pun pakaian harian yang di pakai. Awas..itu satu petanda!

#TAK SUKA KITA AMBIL TAHU HAL DIA
Suami mula rasa tak selesa bila si isteri asyik tanya aktiviti seharian mereka. Suami dah tak suka angkat call dan jawab mesej dari isteri. Menipu bila isteri tanya si suami kat mana. Tak nak isteri tahu kat mana suami berada bila di luar rumah.

Apa pun kita sebagai perempuan harus kembali kepada fitrah lelaki. Lelaki memang sukakan wanita apatah lagi Islam membenarkan kaum lelaki untuk beristeri 4. Sebagai seorang wanita bila suami kita curang, mungkin ia berpunca dari diri wanita itu sendiri, Jadi kita muhasabah diri dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Mungkin ada rahmat di sebaliknya. 

So ladies..jangan susah hati, instinct isteri kuat tau! Kalau nak sorok pun lama-lama kita akan tahu jugak. Kalau suami kita curang, bukan bermakna dunia ni dah berakhir. Kuatkan hati, jangan lemah semangat dan minta pertolongan Allah. Semua masalah boleh selesaikan cuma bagaimana kita menyikapi dan handle masalah itu yang paling penting.😀


Loading...
Back To Top