Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pilihan raya tersebut sememangnya menjadi sebahagian daripada perjuangan DAP kerana percaya perkara tersebut mempromosikan budaya demokrasi.

“Kami menyokong usaha Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mahu melaksanakan pilihan raya tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, pilihan raya PBT tidak akan diadakan kerana berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasaskan perkauman.

Malah tegasnya, pilihan raya PBT sekiranya diadakan boleh menghasilkan keputusan yang salah antara bandar dan luar bandar.

“Keputusan di bandar lain, di luar bandar lain. Berkemungkinan wujud konflik disebabkan perbezaan kaum. Kita tidak mahu perkara itu terjadi, tiada pilihan raya PBT,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kuda Trojan DAP SEDANG Membuka Pintu Kubu & Istana (MELAYU MASIH LALAI, CUAI)




PILIHANRAYA TEMPATAN: CARA HALUS DAP UNTUK MENGHAPUSKAN KUASA MELAYU

1. Tun Mahathir menegaskan Pilihanraya Tempatan tidak akan dilaksanakan, walaupun menerima tekanan hebat, terutamanya dari DAP.

2. Kali terakhir Pilihanraya Tempatan dilakukan adalah pada 1964, dan kerajaan menghapuskannya sejak itu.