Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Artis pukul isteri yang masih di dalam pantang di karaoke


PENYANYI dan pelakon berasal dari Singapura ditahan polis, petang semalam, atas kesalahan membelasah isterinya di sebuah pusat karaoke di Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, dalam kejadian kira - kira 4.30 petang itu, isteri penyanyi itu yang masih dalam pantang ke pusat hiburan itu bersama ibunya sebelum menemui lelaki itu bersama wanita lain dalam satu bilik
Loading...
karaoke.

Menurutnya, isteri artis itu yang berusia 23 tahun tidak puas hati dan berlaku pertengkaran sebelum merakam gambar suaminya bersama wanita di dalam bilik berkenaan.

"Tindakan itu mengakibatkan lelaki itu marah sebelum bergelut dengan isterinya untuk merampas telefon bimbit terbabit.

"Akibat pergelutan itu, isteri suspek mengalami luka di muka dan lutut kerana dipukul dengan tangan, " katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Susulan dari kejadian itu, isteri artis berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

"Suspek ditahan reman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 | Hmetro
Loading...
Back To Top