1. Di Sweden mereka kehabisan sampah untuk dibakar bukan dikitar semula. Sampah di Sweden dibakar di insinerator yang melepaskan karbon dioksida yang mencemarkan alam sekitar.
Sumber: http://ift.tt/2sXdEuM
2. Di Belanda mereka menutup penjara kerana kadar jenayah yang menurun dan hakim-hakim di Belanda menjatuhkan hukuman yang lebih ringan untuk kes-kes jenayah ringan seperti dadah.
Sumber: http://ift.tt/2sXeo3c
3. Di Norway mereka bukan mansuhkan wang tunai. Mereka bercadang mengharamkan transaksi jual beli tunai melebihi NOK40,000 (RM20,258)
Sumber: http://ift.tt/2sXn5KE
4. Di Finland, 62,000 para pendidik dipilih di kalangan 10% graduan terbaik untuk menyambung Ijazah Sarjana Pendidikan.
Sumber: http://ift.tt/2sX2PZA
Loading...
style="margin-bottom: 6px; margin-top: 6px;">
5. Di Jerman kadar VAT (sama dengan GST) adalah 19%, di Slovakia kadar VAT adalah 20%, kecuali Switzerland hampir semua negara eropah kadar VAT nya 20% ke atas. Bukan sahaja pendidikan universiti percuma, banyak manfaat sosial untuk rakyat mereka.
Sumber: http://ift.tt/2sXkpg3
Di Malaysia sampah pun banyak yang masih buang merata-rata, suruh tukar atm card kepada debit card pun masih ada yang terpinga-pinga, kurangkan biasiswa ke luar negara pun riuh satu Malaysia, kadar GST 6% pun dah kecoh gempak gempita.
Nak lihat negara kita setaraf negara Eropah tapi mentaliti taknak macam negara Eropah. Tak habis-habis-habis salahkan rasuah macam dah terlalu parah. Diri sendiri taknak diubah. Di luar negara segala-galanya indah. Negara sendiri kutuk tak sudah-sudah.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.
Kredit - #SYAHIR
Link asal: http://ift.tt/2twUuJ1
Loading...