Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang Asisten Superintendan polis dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan meminta dan menerima rasuah. Sumber SPRM berkata, dalam operasi itu semalam SPRM turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh kerana dipercayai bersubahat dengan pegawai itu. "Difahamkan, warga Bangladesh itu berjumpa dengan
Loading...
seorang lelaki rakan senegaranya di Damansara Damai dan meminta wang rasuah RM5,000 untuk diberikan kepada pegawai polis berkenaan sebagai dorongan untuk membebaskan pekerjanya," katanya. Beliau berkata, pekerja itu ditangkap polis kerana tidak memiliki dokumen dan permit kerja yang sah.
Katanya, pegawai polis dan warga Bangladesh masing-masing berusia 46 tahun dan 31 tahun ditahan kira-kira jam 6 petang di Taman Prima Salayang, Batu Caves semalam. Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 5 April ini bagi membantu siasatan. Suspek ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM. Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas.