Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Baru ini berpeluang berkenalan lebih rapat dengan usahawan Muslim yang berjaya. Dato' Mohd Khay Ibrahim, a very humble person tetapi tegas dan berprinsip jelas dalam bisnes. Beliau merupakan pengasas syarikat Zikay Group bersama adik beliau Dato' Iszhar Ibrahim, juga kontraktor kelas A dan pemilik Hotel bertaraf 5 bintang di Kampung Baru, Tamu Hotel & Suites. Sebuah hotel yang menawarkan permandangan Kuala Lumpur, KLCC dan Menara KL di kafeterianya di tingkat 27.
Hotel & service apartment yang baru beroperasi selama 1 tahun ini mempunyai 40 tingkat, dengan 27 tingkat untuk hotel dan 13 tingkat suites apartment ini DIBINA SENDIRI oleh syarikat pembinaan ZIKAY dengan sebahagian bantuan pembiayaan Perbankan Islam, bertaraf
Loading...
Hotel 5 bintang, cuma ia setakat ini hanya mendapat 4 bintang disebabkan ketiadaan beberapa fasiliti yang 'kontroversi' bagi pengkelasan 5 Bintang.
Majoriti pekerja di hotel ini pula adalah muslim Malaysia yang asalnya dari pelbagai hotel ternama yang mana para pekerja ini sejak sekian lama mereka mencari peluang bekerja di hotel taraf 5 bintang tetapi ingin menitik beratkan kriteria halal dan menjaga hukum syara'. Maka wujudnya hotel ini sesungguhnya memberi peluang keemasan dan seperti menjadi fardhu kifayah buat usahawan Muslim yang mampu untuk terus usaha .
Hotel yang terletak berdepan dengan Masjid Kampung baru ini sangat menarik kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar KL dan pelbagai kawasan membeli belah, berhadapan Hospital Islam dan Masjid.
Kami tumpang berbangga dengan hasil usaha mereka, malah teruja apabila kami dijamu di cafe mereka dengan pelbagai hidangan yang memang sedap (bukan ber'mujamalah' tetapi benar-benar), khususnya nasi briyani dan juga sup kambingnya yang sangat lazat. Kami juga dibawa melawat ke semua bilik, function room dan suites apartment. Jelas, ia sememangnya pada tahap 5 bintang dari sudut bersih dan design bilik yang sangat kemas ditambah dengan permandangan hebat dari majoriti biliknya yang boleh menghadap KLCC, menara KL dan KL view juga. Harga bilik juga sangat berpatutan.
Tahniah Dato Khay dan Dato Iszhar dan team...kami doakan perniagaan mereka berkembang pesat..menambah zakat, bertambah berkat. Marilah bawa program syarikat dan keluarga ke hotel ini. Insha allah puas hati.