Pas mahu mengambil balik kerusi yang dipinjamkan kepada PKR di Selangor termasuk Parlimen Gombak yang disandang Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Langkah itu akan diambil sekiranya muktamar tahunan Pas di Kedah akhir bulan depan membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan parti itu.
Tindakan itu sekali gus akan memberi tamparan hebat kepada Mohamed Azmin yang sebelum ini dikecam oleh akar umbi parti itu selepas mengeluarkan kenyataan menyindir Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kalah pada pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa baru-baru ini.
Loading...
vertical-align: baseline;">Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki berkata, parti mempunyai strategi tersendiri untuk menguasai Selangor meskipun Mohamed Azmin menyindir Pas berhubung perkara berkenaan.
ZUHDI MARZUKI
Walau bagaimanapun katanya, keputusan tersebut tertakluk kepada status hubungan tahaluf siyasi dengan PKR yang dijangka diputuskan pada muktamar tahunan parti nanti.
Walau bagaimanapun katanya, keputusan tersebut tertakluk kepada status hubungan tahaluf siyasi dengan PKR yang dijangka diputuskan pada muktamar tahunan parti nanti.
“Kita tidak menolak kemungkinan mengambil balik kerusi di Selangor termasuk kerusi PKR. Pada masa ini kita masih mempunyai hubungan dengan PKR dan kita perlu tunggu muktamar membuat keputusannya nanti.
“Kalau putus (hubungan Pas dan PKR) bukan sahaja di Selangor, malah kerusi di seluruh negara kita ambil,” katanya kepada pemberita selepas ceramah isu semasa di Kampung Cherang di sini malam tadi.
Selasa lalu, Timbalan Presiden PKR itu menerusi Twitternya menyindir Nik Mohamad Abduh ekoran kekalahan Ahli Parlimen Pasir Mas itu dengan menulis: “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.”
Loading...