Loading...
berharap hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan di bawah kepemimpinan Putin.
“Tahniah Presiden Putin kerana menang dalam Pilihan Raya Presiden. Malaysia berharap hubungan strategik dengan Rusia akan lebih baik pada masa hadapan,” katanya dalam akaun Twitter, hari ini.
Putin memenangi Pilihan Raya Presiden Rusia semalam sekali gus memberikannya tempoh enam tahun lagi mentadbir negara itu di tengah-tengah kemerosotan terburuk hubungan antara Moscow dan negara Barat sejak era Perang Dingin.
Putin yang memerintah Rusia selama hampir dua dekad memenangi lebih 75 peratus undian berdasarkan keputusan awal ketika pembangkang mendakwa berlaku penipuan.
Pemimpin itu mengatasi tujuh calon lain, namun pengkritik utama Putin, Alexei Navalny dilarang daripada bertanding kerana masalah perundangan dan keputusan pilihan raya terbabit sudah boleh dijangka. – UTUSAN ONLINE