GLOBAL Polis Britain sedang menyiasat insiden tembakan dekat parlimen British di daerah Westminster, London.
“Kami sedia maklum berkaitan insiden di Westminster. Kami akan berikan lebih maklumat apabila diperoleh nanti,” menurut polis tempatan.
Laporan dpa dan BBC menyebut seorang pegawai polis diserang.
Sidang dewan berkaitan ditangguhkan selepas beberapa insiden keganasan dilaporkan, termasuk insiden pegawai polis ditikam.
Sementara itu, Reuters melaporkan Perdana Menteri British Theresa May selamat selepas insiden itu.
Loading...
margin-bottom: 25px; margin-top: 15px;">Jurucakap pejabatnya enggan mendedahkan kedudukan May ketika serangan berlaku.
Reuters juga melaporkan sekurang-kurangnya empat orang dirakam dalam kamera mereka terbaring berlumuran darah dan tidak sedar di kawasan tidak jauh dari parlimen.
- Dpa, Reuters
Loading...