Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Husam 'Pondan' - Pemuda PAS Kelantan


Pemuda Pas Kelantan melabelkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa sebagai ‘pondan’ kerana takut untuk mendedahkan individu yang menerima dana berjumlah RM90 juta daripada UMNO.


Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya mencabar bekas naib presiden parti itu supaya menamakan individu yang telah menerima dana tersebut dan tidak
Loading...
hanya membuat tomahan liar.

“Jika dipihak yang benar, Husam tidak perlu takut sebaliknya perlu berani tampil mengemukakan bukti berhubung tuduhan tersebut.

“Sebagai pemegang jawatan dalam Pas, saya menegaskan tuduhan tersebut tidak benar dan bertujuan untuk merosakkan nama baik parti ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini hari ini.

Terdahulu, beliau membuat laporan polis berhubung tuduhan Husam mengenai perkara tersebut ketika berceramah di Pasir Puteh pada 6 Febuari lalu. - UTUSAN ONLINE



Loading...
Back To Top