Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

32 Penuntut, Pensyarah Kolej Matrikulasi Di Kuala Pilah Positif Covid-19

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan


32 penuntut, pensyarah kolej matrikulasi di Kuala Pilah positif COVID-19

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Seramai 32 pelajar dan pensyarah dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah dikesan positif COVID-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan
Loading...
Pengurusan Bencana Daerah (JKBPD), Mohd Faizal Abdul Manap, pelajar dan pensyarah terbabit telah dihantar ke Pusat Rawatan dan Kuarantin di Tampin selepas status kesihatan mereka dikenal pasti pada Khamis.

Kolej terbabit telah ditutup dan tiada sesiapa dibenarkan masuk atau meninggalkan premis IPTA itu bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan, memetik laporan portal The Star, hari ini.

Menurut Mohd Faizal, sejumlah 523 pelajar dan pensyarah telah menjalankan ujian saringan bermula 18 November lalu dan 105 individu telah dikenal pasti sebagai kontak rapat dan sedang menjalani kuarantin di kolej itu.

Sumber: Astro Awani
Loading...
Back To Top