Gudang 'kereta potong' berhampiran Lebuhraya DUKE terbakar |
Loading...
width="560">
Gudang 'kereta potong' berhampiran Lebuhraya DUKE terbakar
Puluhan kereta potong dan aksesori kenderaan terpakai yang disimpan dalam sebuah gudang berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) di sini, terbakar petang tadi.
Gudang berkenaan terletak di Jalan Kuching, bersebelahan susur keluar dari lebuhraya berkenaan menuju ke Bandar Manjalara dan Segambut Dalam.
Berdasarkan beberapa rakaman video yang tular dipercayai dirakam oleh pengguna lebuh raya, gudang yang menempatkan puluhan bahagian kenderaan terbakar sejak jam 6 petang tadi dan api masih lagi marak pada bahagian tengah gudang berkenaan.
Setakat ini pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, dilaporkan sudah menghantar jentera dari balai bomba berhampiran ke lokasi kejadian, namun belum ada sebarang maklumat dilaporkan.
Sumber: Harian Metro YouTube