Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pemandu Lori Khayal Ditahan Bersama Dadah Heroin

Pemandu lori khayal 






Pemandu lori khayal ditahan bersama dadah
Loading...
heroin

Seorang pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah jenis heroin dan dalam keadaan khayal ketika Operasi Sepadu Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Skudai arah Selatan, di sini, hari ini.

Dalam operasi jam 9 pagi itu, lelaki berusia 40 tahun itu turut menunjukkan paket kecil yang dipercayai heroin di dalam begnya kepada anggota polis sebaik diminta keluar dari kenderaan dipandunya itu selain mengaku ia miliknya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pemandu lori itu diminta berhenti selepas anggota polis yang menyertai operasi berkenaan melihat lori yang dipandunya dalam keadaan tidak stabil dan membahayakan.

Katanya, lelaki berkenaan memandu bersendirian dari Muar dan dalam perjalanan ke Pasir Gudang dan apabila ditahan dia mengaku mengambil dadah jenis heroin selain menunjukkan bungkusan plastik mengandungi dadah berkenaan yang disimpan dalam beg.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Sumber: Harian Metro YouTube

Loading...
Back To Top