Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#Covid-19 Malaysia 18/9 : New Cases- 15,549 | Total- 2,067,326 |


Kenyataan Akhbar KPK 18 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

18 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,205 kes (1,840,453 kes kumulatif, 88.4%);
  • Kes baharu : 15,549 kes (2,082,876 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (1 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 15,544 kes [13,954 warganegara (89.8%);  1,590 bukan warganegara (10.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,165  kes (888 kes disahkan COVID-19 ; 277 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 689 kes (401 kes disahkan COVID-19 ; 288 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,263 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,899 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,364 kluster.

Daripada 15,549 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 263 kes (1.69 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 15,286 kes (98.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

STATUS TERKINI SARINGAN COVID-19 DI PINTU MASUK UDARA DAN LAUT BAGI PROJEK RINTIS GELEMBUNG PELANCONGAN DOMESTIK  LANGKAWI

Adalah dimaklumkan, pada 18 September 2021 iaitu sehingga jam 12 tengah hari, seramai 2,507 individu telah disaring melalui Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,326 individu telah menjalani saringan di lapangan terbang manakala 181 lagi individu telah disaring di Jeti Kuala Perlis.

Bagi jenis ujian yang dijalankan pula, seramai 2,481 individu telah menjalani ujian COVID-19 iaitu 2,468 RTK-Ag dan 13 RT-PCR. Manakala 26 individu lagi adalah kanak-kanak berumur enam (6) tahun dan ke bawah yang dikecualikan menjalani ujian COVID-19. Hasil daripada saringan ini, satu (1) individu positif COVID-19 telah dikenal pasti melalui ujian RTK-Ag di KLIA. Kes positif ini didapati berada dalam kategori satu (1) dan telah diberikan perintah Home Surveillance Order (HSO) untuk menjalani kuarantin di rumah selama tempoh 10 hari.

Daripada 2,507 individu yang disaring tersebut, seramai 2,506 individu telah diluluskan untuk meneruskan perjalanan ke Langkawi iaitu 2,325 melalui kapal terbang dan 181 melalui feri. (Rujuk Jadual 1). Bagi jumlah kumulatif kes, sila rujuk Jadual 2.

Bil. Perkara Jumlah Kumulatif
1 Bilangan Pengembara Disaring (termasuk kanak-kanak) 8,507
2 Bilangan Pengembara Kanak-kanak ≤ 6 Tahun 42
3 Bilangan Pengembara Demam 0
4 Bilangan Pengembara Menjalani RT-PCR 33
5 Bilangan Pengembara Menjalani RTK-Ag 8,429
6 Bilangan Kes Positif COVID-19 10
7 Bilangan Kes diberikan HSO 10
8 Bilangan Kontak Rapat Diberikan HSO 5
9 Bilangan Pengembara Yang Dirujuk Rawatan Lanjut 0
10 Bilangan Pengembara Diluluskan Untuk Perjalanan Seterusnya 8,492
11 Pengecualian Sampel (Balik Kampung) 3
Jadual 2: Data Kumulatif Saringan COVID-19 Pengembara di Pintu Masuk bagi Gelembung Pelancongan Domestik Projek Rintis Langkawi sehingga 18 September 2021 (sehingga jam 12 tengah hari)

KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19. Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 September 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI PURATA KES 7 HARI* KADAR INSIDEN ** BILANGAN KES BAHARU (    ) *** BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK 3,644 123.66 2,929 177,081
SELANGOR 2,384 34.99 1,995 (2) 656,281
JOHOR 2,069 52.01 2,208 176,833
SABAH 1,693 41.18 1,395 184,221
PULAU PINANG 1,507 82.55 1,375 117,527
KELANTAN 1,204 60.24 1,214 100,949
KEDAH 1,186 51.62 1,073 124,982
PERAK 1,173 66.14 1,120 89,858
TERENGGANU 754 57.18 755 47,269
PAHANG 736 27.97 634 56,212
WP KUALA LUMPUR 394 20.45 382 (3) 182,481
MELAKA 267 27.39 263 54,787
NEGERI SEMBILAN 185 15.81 131 95,487
PERLIS 57 21.26 33 3,124
WP PUTRAJAYA 23 24.13 31 5,862
WP LABUAN 7 6.70 11 9,922
MALAYSIA 17,284 50.48 15,549 (5) 2,082,876

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 15,549 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 18 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SARAWAK 2,929 113 1,964 852
JOHOR 2,208 348 1,022 838
SELANGOR 1,995 129 866 2 998
Loading...
white;">SABAH 1,395 26 833 536 PULAU PINANG 1,375 23 481 871 KELANTAN 1,214 25 848 341 PERAK 1,120 133 413 574 KEDAH 1,073 26 622 425 TERENGGANU 755 12 556 187 PAHANG 634 226 335 73 WP KUALA LUMPUR 382 9 156 3 214 MELAKA 263 34 128 101 NEGERI SEMBILAN 131 6 81 44  PERLIS 33 13 20 WP PUTRAJAYA 31 22 9 WP LABUAN 11 8 3 JUMLAH KESELURUHAN 15,549 1,118 8,340 5 6,086

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 18 SEPTEMBER 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Jalan Industri Lima Tangkak Tempat Kerja Johor Tangkak 16 33
2 Industri Jalan Besar 38 Tempat Kerja Johor Batu Pahat 18 41
3 Jalan Halia Kluang Tempat Kerja Johor Kluang 40 66
4 Jalan Bidara 6/3 Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor 21 53
5 Industri Jalan Perigi Nenas 6/1   Tempat Kerja   Selangor Klang 5 344
6 Udara Membedai Tempat Kerja WP Labuan Labuan 8 57
7 Lorong Seri Murni Dua Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Utara 22 51
8 Pelut Baram Tempat Kerja Sarawak Telang Usan 37 147
9 Sawit Safoda Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 23 115
10 Industri Jalan Johan 2/1A Tempat Kerja Perak Kinta 14 164
11 Jalan Kampung Tok Jawa Komuniti Kelantan Bachok 31 52
12 Kampung Kubang Gatal Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 5
13 Nansang Wak Komuniti Sarawak Pakan 51 112
14 Kampung Ulu Pareh Komuniti Pahang Bentong 77 368
15 Batu 19 Jalan Besar Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Kulai 17 39
16 Jalan Kompleks Sukan Kumpulan Berisiko Tinggi Perak Kinta 14 27

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 17 SEPTEMBER 2021

NEGERI NILAI RT
SARAWAK 1.11
TERENGGANU 1.05
PERAK 1.04
PAHANG 1.04
JOHOR 1.01
PULAU PINANG 1.00
 PERLIS 0.98
KELANTAN 0.97
SABAH 0.92
MELAKA 0.91
KEDAH 0.90
NEGERI SEMBILAN 0.87
WP PUTRAJAYA 0.87
SELANGOR 0.85
WP KUALA LUMPUR 0.81
WP LABUAN 0
MALAYSIA 0.95

 

Loading...
Back To Top