Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Police Confirm 4 RMAF Members Killed in Camp Shooting Incident: Suspect Shot Three Fellow Soldiers During Duty Handover Time





Shooting incident at RMAF camp: Suspect shot three friends during handover time - Police

The incident is understood to have occurred during the handover time at the Handau Squadron 330 TUDM Control Station in Kota Samarahan, Sarawak. -Photo tular

KUALA LUMPUR: Sarawak Police Commissioner Datuk Aidi Ismail in a statement on Friday confirmed that four RMAF members were killed in a shooting incident.

He said the incident was understood to have occurred during the handover time at the Handau Squadron 330 TUDM Kota Samarahan Guard Station, Sarawak.

"One of the RMAF members is believed to have shot three of his friends before shooting himself," he said.

He said two friends were shot dead instantly at the scene, while another was seriously injured.

"The seriously injured victim managed to drive his own vehicle to receive treatment at the military clinic in the camp.

"The victim who was injured in the abdomen and critically died while receiving treatment at the Kota Samarahan Heart Center," he said.

According to him, the forensics of the Sarawak Contingent Police Headquarters and the forensics of the Sarawak General Hospital were present at the scene.

"Further investigations are still underway ," he explained.


4 anggota TUDM maut dalam insiden tembakan kem Kota Samarahan
ASTRO AWANI

TUDM dalam satu kenyataan mengesahkan insiden yang melibatkan empat warganya pagi tadi. -Gambar Astro
Loading...
AWANI

KUCHING: Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai maut dalam kejadian tembakan di Kem SKN 330 TUDM CRC, Kota Samarahan, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 7.15 pagi Jumaat di Balai Pengawal Handau Skuandron 330 TUDM, Kota Samarahan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kejadian melibatkan empat anggota TUDM yang bertugas di balai pengawal itu.

"Punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

"Bagaimanapun mengikut laporan awal, tiga anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan dirawat di Hospital Jantung Kota Samarahan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Jumaat.

Tembakan di Kem Tentera | 4 anggota TUDM maut dalam insiden tembakan kem Kota Samarahan
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, pihaknya turut menerima laporan mengenai kejadian tembakan bagaimanapun maklumat lanjut mengenai mangsa belum dapat dipastikan.

“Ya, kita ada terima laporan tersebut dan sedang menyiasat punca kejadian.

"Mengenai maklumat mangsa masih lagi menunggu laporan penuh.

"Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini dalam waktu terdekat,” katanya.
Dalam pada itu, TUDM dalam satu kenyataan mengesahkan insiden itu melibatkan empat warganya yang berlaku pada pukul 7.15 pagi.

Jelas kenyataan itu, kejadian berlaku ketika waktu anggota bertugas kira-kira pukul 7.15 pagi dan pihaknya akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Pihak TUDM menyerahkan kes kejadian kepada PDRM untuk menjalankan siasatan.

"Pihak TUDM juga menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh pihak polis selesai," katanya.

Astro AWANI masih mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden berkenaan.




Loading...
Back To Top