Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PM minta JKJAV nilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin

JKJAV diminta menilai semula kelonggaran SOP kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin. -Gambar hiasan

PM minta JKJAV nilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin

Astro Awani
15/7/2021

PUTRAJAYA: Kerajaan meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menilai semula kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia termasuk dari segi pergerakan rakyat dan beberapa aktiviti sosial lain.

Jelasnya, penilaian itu sebagai petanda bahawa kehidupan rakyat secara
Loading...
beransur kembali normal sementara kerajaan menguruskan pandemik COVID-19.

“Mutakhir sekali saya telah minta jawatankuasa pengurusan untuk menilai semula bagi mereka yang sudah dapat vaksin dua suntikan supaya mereka diberikan kelonggaran sama ada dari segi perjalanan atau pun pergi ke kedai ataupun makan di restoran.

“Ini petanda bahawa kita nak menunjukkan bahawa sementara kita mengurus COVID-19, kehidupan rakyat mungkin sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa masa lepas.

“Ini inisiatif ke depan dan dalam dalam tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN), itu hanya sehingga akhir tahun,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian selepas membuat tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), di sini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...
Back To Top