Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kembali menaik ke 1.19


Hanya dua negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan dibawah paras 1.0 iaitu Sarawak dan Labuan. -Gambar fail

COVID-19: Kadar R-naught kebangsaan meningkat 1.19, Terengganu tertinggi

Astro Awani
15/7/2021

KADAR kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan mencatat nilai 1.19 berbanding 1.16 pada Selasa.

Berdasarkan data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan
Loading...
melebihi purata kebangsaan.

Negeri-negeri tersebut adalah Terengganu dengan kadar 1.40 dan Putrajaya pada kadar 1.31.

Berdasarkan data itu lagi, hanya Sarawak dan Labuan mempunyai nilai R-naught di bawah kadar 1.0, iaitu masing-masing 0.92 dan 0.84.

Mengikut pecahan, Kedah mencatatkan kadar R-naught 1.19, Selangor (1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.17), Pahang (1.16) dan Melaka (1.15).

Manakala selebihnya, Sabah (1.06), Pulau Pinang (1.10), Johor dan Kelantan (1.05), Negeri Sembilan (1.13) serta Perak (1.04).

Sementara, Perlis hanya merekodkan tiga kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan negara tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

FOR MORE NEWS GO TO:


Loading...
Back To Top