Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kembali menaik ke 1.16 (Video)


Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia mencatat 1.16 berbanding 1.14 hari sebelumnya.

COVID-19: R-naught negara naik 1.16, Putrajaya tertinggi

Astro Awani
14/7/2021

KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kembali mencatat peningkatan.

Pada Selasa, ia naik kepada 1.16 berbanding 1.14 hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya catat kadar tertinggi dengan
Loading...
1.35.

Ini diikuti Terengganu, Selangor, dan Pahang.

Lapan negeri mencatat kadar di antara 1.02 dan 1.11.

Negeri-negeri ini terdiri daripada Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kelantan.

Kelantan dan Labuan mencatat kadar di bawah 1.0.

Sementara Perlis kekal dengan sifar kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan negara tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.




Loading...
Back To Top