Loading...
![]() |
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac manakala yang tertinggi, 1.21 pada 23 Mei. |
COVID-19: Nilai Rt 1.14, turun selepas lima hari
Astro Awani
13/7/2021
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) COVID-19 di Malaysia kembali mencatatkan penurunan selepas menyaksikan peningkatan lima hari berturut-turut.
Pada Isnin, nilai Rt turun ke 1.14, berbanding 1.15 hari sebelumnya.
Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Putrajaya tertinggi pada 1.32.
Negeri yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 adalah Terengganu, Selangor, Kedah, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.
Sementara Kelantan, Perak, Labuan, Sarawak dan Perlis merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac manakala yang tertinggi, 1.21 pada 23 Mei.
Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
FOR MORE NEWS GO TO:
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 12 hb Julai 2021 untuk seluruh negara adalah 1.14. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/u1LMtyj4H7
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 12, 2021
Loading...