Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bapa Ebit Lew meninggal dunia, Ebit pohon doakan untuk ayahnya (Video)

Berkongsikan gambar hitam putih beliau sedang memimpin tangan bapanya, status dan gambar tersebut menyentuh hati warganet. - Gambar Instagram 'ebitlew'


Bapa Ebit Lew meninggal dunia, Ebit pohon doakan untuk ayahnya

Astro Awani
13/7/2021

KUALA LUMPUR: Selain kerja amal, pendakwah bebas, Ebit Lew sejak kebelakangan ini banyak berkongsi kisah bapanya di laman sosial yang tidak begitu sihat dan kerap menerima rawatan di hospital.

Hari ini, Ebit sekali lagi memuat naik kisah bapanya itu namun kali ini berita sedih, berita pemergian bapanya yang tercinta itu.

Berkongsikan gambar hitam putih beliau sedang memimpin tangan bapanya, status dan gambar tersebut menyentuh hati warganet.

Berikut catatan Ebit di laman Instagramnya, baru sahaja sebentar tadi:

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini.

“I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

Loading...
562.623,22.342 560.652,21.575 C558.743,20.834 556.562,20.326 553.369,20.18 C550.169,20.033 549.148,20 541,20 C532.853,20 531.831,20.033 528.631,20.18 C525.438,20.326 523.257,20.834 521.349,21.575 C519.376,22.342 517.703,23.368 516.035,25.035 C514.368,26.702 513.342,28.377 512.574,30.349 C511.834,32.258 511.326,34.438 511.181,37.631 C511.035,40.831 511,41.851 511,50 C511,58.147 511.035,59.17 511.181,62.369 C511.326,65.562 511.834,67.743 512.574,69.651 C513.342,71.625 514.368,73.296 516.035,74.965 C517.703,76.634 519.376,77.658 521.349,78.425 C523.257,79.167 525.438,79.673 528.631,79.82 C531.831,79.965 532.853,80.001 541,80.001 C549.148,80.001 550.169,79.965 553.369,79.82 C556.562,79.673 558.743,79.167 560.652,78.425 C562.623,77.658 564.297,76.634 565.965,74.965 C567.633,73.296 568.659,71.625 569.425,69.651 C570.167,67.743 570.674,65.562 570.82,62.369 C570.966,59.17 571,58.147 571,50 C571,41.851 570.966,40.831 570.82,37.631">
View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


“Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.

“Saya dalam perjalanan ke Gleneagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.

"Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..” tulis beliau.

Bulan lepas, Astro AWANI melaporkan Ebit memaklumkan status kesihatan bapanya yang kini berada pada tahap kurang memuaskan dan dijaga oleh abangnya.

“Pohon doakan ye. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital di jaga oleh abang saya. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh," kata Ebit dalam hantarannya yang dimuat naik di laman sosial.

“Ya Allah.... sembuhkanlah ayah ku. Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah…

“Insya-Allah akan balik dalam masa terdekat. Doakan yer semuanya,” tulisnya.

FOR MORE NEWS GO TO:


Loading...
Back To Top