Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 di Malaysia - Kenyataan Penuh DG Kesihatan


Kenyataan Akhbar KPK 14 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

14 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,588 kes (586,864 kes kumulatif, 88.6%);
  • Kes baharu : 4,949 kes (662,457 kes kumulatif);
  • Kes import : kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,943 kes [4,019 warganegara (81.3%); 924 bukan warganegara (18.7%)];
  • Kes aktif : 71,625 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :921 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
  • Kes kematian : 60 kes (3,968 kes kumulatif, 0.60%; 58 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,494 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,720 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 774 kluster.

Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Johor, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes diNegeri Sembilan, enam (6) kes diSarawak, empat (4) kes di   Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Kelantan,serta masing-masing satu (1) kes di Sabah,Terengganu, Perak, dan Melaka.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PENINGKATAN PERATUSAN KLUSTER TEMPAT KERJA MASIH BERTERUSAN

Sehingga 14 Jun 2021, sejumlah 1,328 kluster tempat kerja telah dilaporkan. Sebanyak 624,246 individu telah disaring dalam kluster-kluster tersebut dengan 147,040 kes telah dikesan positif COVID-19 (kadar positiviti sebanyak 23.6 peratus). Walaupun tren kes mingguan di Malaysia menunjukkan penurunan dalam dua minggu ini, namun kluster-kluster tempat kerja terus menyumbang kepada pertambahan kluster-kluster baharu di Malaysia.

Graf 1: Tren Kluster Tempat Kerja Mengikut Minggu Epidemiologi Bagi Tahun 2021

Kebanyakan kes-kes positif yang dilaporkan dalam kategori kluster tempat kerja ini terdiri daripada bukan warganegara Malaysia iaitu sebanyak 100,086 kes (68 peratus) berbanding warganegara iaitu sebanyak 46,954 kes (32 peratus). Sektor pengilangan melaporkan jumlah kes tertinggi dalam kategori kluster tempat kerja, iaitu sebanyak 95,156 kes melibatkan 639 kluster.

Graf 2 : Pecahan Jumlah Warganegara Dan Bukan Warganegara Bagi Kluster Tempat Kerja

Berikut adalah kluster-kluster tempat kerja yang masih aktif dengan kadar jangkitan yang tinggi di tempat kerja (Jadual 1). Usaha berterusan oleh majikan dalam menjalankan ujian saringan ke atas pekerja-pekerja amatlah dihargai sebagai langkah awal bagi membendung penularan jangkitan di tempat kerja. 

Jadual 1: Lima (5) Kluster Aktif Tertinggi Bagi Kluster Tempat Kerja

No Kluster Negeri Sub Kategori Latar Belakang Kes baharu Jumlah Kes Jumlah saringan
1 Kluster Jalan Tiga Salak Tinggi Selangor Pengilangan Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang 2 873 1,500
2 Kluster Industri Senawang Negeri Sembilan, Melaka Pengilangan Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di  Senawang Industrial Estate, Seremban 16 752 8,134
3 Kluster Industri Batu Berendam Melaka Pengilangan Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Zon Perindustrian Bebas Batu Berendam, Melaka Tengah. 14 641 15,578
4 Kluster Jalan Padang Tembak Kelantan, Terengganu Pengilangan Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah  kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2, Jalan Padang Tembak, Kota Bharu. 0 598 1,565
5 Kluster Tok Has Terengganu Perkhidmatan Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kedai makan yang terletak di Jalan Sebarang Jertih, Kampung Tok Has, Jerteh 0 541 3,679

Kementerian telah menetapkan pelbagai garis panduan dan SOP di tempat kerja seperti penjarakan fizikal, menghadkan jumlah pekerja yang hadir ke tempat kerja, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, didapati tahap kesedaran berkenaan kepentingan pelaksanaan SOP tersebut masih perlu dipertingkatkan. Masyarakat khususnya majikan dan pekerja-pekerja perlu menyedari bahawa kepatuhan kepada garis panduan adalah untuk kebaikan mereka juga.

Terdapat juga segelintir masyarakat yang hanya mengambil berat berkenaan pematuhan SOP apabila terdapat penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan. Kelekaan inilah yang banyak mengundang kepada peningkatan kes COVID-19 terutamanya di tempat kerja. Justeru, KKM berpendapat penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja wajar dipertingkatkan dalam usaha untuk terus mengekang jangkitan COVID-19 khususnya melibatkan kluster-kluster di tempat kerja.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 14 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 1,523 216,481
WP KUALA LUMPUR 503 (2) 67,719
SABAH 273 66,316
JOHOR 430 (2) 65,069
SARAWAK 744 56,187
NEGERI SEMBILAN 323 (2) 34,105
PULAU PINANG 214 32,324
KELANTAN 214 32,267
PERAK 136 23,782
KEDAH 199 22,070
MELAKA 119 14,969
PAHANG 61 11,675
TERENGGANU 86 10,653
WP LABUAN 113 6,155
WP PUTRAJAYA 10 2,126
PERLIS 1 559
JUMLAH KESELURUHAN 4,949 (6) 662,457

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 60 kes kematian pada 14 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian Negeri Jantina (Warganegara) Umur (Tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang Penyakit
3909 Pulau Pinang Lelaki (WN) 73 Hospital Kepala Batas Darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3910 Pulau Pinang Lelaki (WN) 86 Hospital Kepala Batas Darah tinggi, kanser, saraf, dan paru-paru kronik
3911 Sarawak Lelaki (WN) 50 Hospital Sibu
3912 Sarawak Lelaki (WN) 55 Hospital Sibu Darah tinggi dan dislipidemia
3913 Sabah Lelaki (WN) 62 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3914 Sarawak Lelaki (WN) 57 Hospital Sibu Darah tinggi dan buah pinggang kronik
3915 Johor Perempuan (WN) 61 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat Kencing manis dan Darah tinggi
3916 Selangor Lelaki (WN) 41 Hospital Sungai Buloh Obesiti
3917 Johor Lelaki (WN) 72 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
3918 Perak Lelaki (WN) 77 Hospital Taiping Jantung dan paru-paru kronik
3919 Johor Lelaki (WN) 68 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Darah tinggi dan jantung
3920 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 66 Hospital Tampin
3921 Sarawak Perempuan (WN) 81 Hospital Kapit Darah tinggi dan dislipidemia
3922 WP Labuan Perempuan (WN) 69 Hospital Labuan Darah tinggi
3923 Selangor Lelaki (WN) 72 Hospital Putrajaya Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
3924 Selangor Lelaki (WN) 77 Hospital Shah Alam
3925 Johor Perempuan (WN) 54 Hospital Segamat Darah tinggi dan tiroid
3926 Johor Lelaki (WN) 52 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Darah tinggi dan buah pinggang
3927 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 64 Hospital Kuala Lumpur
3928 Terengganu Lelaki (WN) 69 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3929 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 64 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
 3930 WP Labuan Perempuan (WN) 34 Hospital Labuan Kencing manis, obesiti, dan asma
3931 Selangor Perempuan (WN) 67 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi dan dislipidemia
3932 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 76 Hospital Jelebu Kencing manis dan strok
3933 WP Labuan Perempuan (WN) 48 Hospital Labuan Kencing manis
3934 Selangor Perempuan (WN) 58 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3935 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 78 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3936 Selangor Lelaki (WN) 76 Hospital Banting Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
3937 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 66 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3938 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 65 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan tuberkulosis
3939 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 85 Hospital Kuala Lumpur Dislipidemia, jantung, dan paru-paru kronik
3940 Selangor Lelaki (WN) 62 Jenazah dibawa ke Hospital Kajang
3941 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 73 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi
3942 Melaka
Loading...
13.3333px;">Perempuan (WN) 70 Hospital Melaka Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik 3943 Selangor Lelaki (WN) 75 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia 3944 Johor Lelaki (WN) 57 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis dan  darah tinggi 3945 Kelantan Perempuan (WN) 93 Jenazah dibawa ke Hospital Gua Musang 3946 Selangor Perempuan (WN) 82 Hospital Kajang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia 3947 Selangor Perempuan (WN) 64 Hospital Banting Kencing manis, darah tinggi, dan hati 3948 Johor Lelaki (WN) 45 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat Darah tinggi dan obesiti 3949 Kelantan Perempuan (WN) 84 Jenazah dibawa ke Hospital Gua Musang 3950 Selangor Lelaki (WN) 62 Hospital Shah Alam Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia 3951 Selangor Perempuan (WN) 59 Hospital Selayang Darah tinggi dan strok 3952 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, paru-paru kronik, dan buah pinggang kronik 3953 Johor Perempuan (WN) 56 Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat Kencing manis, darah tinggi, dan jantung 3954 Sarawak Lelaki (WN) 85 Hospital Umum Sarawak, Kuching Jantung dan buah pinggang kronik 3955 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 68 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Jantung 3956 Selangor Lelaki (WN) 65 Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia 3957 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 64 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia 3958 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 68 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, dan buah  pinggang kronik 3959 Selangor Lelaki (WN) 89 Hospital Shah Alam Strok, darah tinggi, dan jantung 3960 Selangor Perempuan (WN) 87 Hospital Kajang Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik 3961 Selangor Perempuan (WN) 84 Hospital Kajang Kencing manis, darah tinggi, strok, dan jantung 3962 Selangor Perempuan (WN) 80 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah  pinggang kronik 3963 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 98 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras 3964 Sarawak Perempuan (WN) 72 Hospital Umum Sarawak, Kuching Darah tinggi dan buah pinggang 3965 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 58 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, dan tiroid 3966 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 43 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis dan dislipidemia 3967 WP Labuan Lelaki (BWN) 56 Hospital Labuan 3968 Johor Perempuan (BWN) 57 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 4,949 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 1,523 199 998 326
SARAWAK 744 146 440 158
WP KUALA LUMPUR 503 125 252 2 124
JOHOR 430 197 148 2 83
NEGERI SEMBILAN 323 78 127 2 116
SABAH 273 79 145 49
PULAU PINANG 214 132 49 33
KELANTAN 214 27 148 39
KEDAH 199 49 95 55
PERAK 136 35 58 43
MELAKA 119 22 67 30
WP LABUAN 113 14 59 40
TERENGGANU 86 6 67 13
PAHANG 61 25 33 3
WP PUTRAJAYA 10 7 3
PERLIS 1 1
JUMLAH KESELURUHAN 4,949 1,134 2,694 6 1,115

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 14 JUN 2021

No. Nama Kluster Kategori Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah Disaring
1 Industri Sungai Pinang Lapan Tempat Kerja Selangor Klang dan Petaling 75 300
2 Industri Persiaran Usahawan Tiga Tempat Kerja Selangor Hulu Langat, Kuala Langat, dan Sepang 57 338
3 Industri Subang Tujuh Tempat Kerja Selangor Petaling 37 80
4 Industri Jalan Makmur Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor 26 176
5 Industri Jalan Tengah Empat Tempat Kerja Selangor Gombak 11 42
6 Perindustrian Bakri Lima Tempat Kerja Johor Muar 70 464
7 Jalan Aik Hwa Choon Tempat Kerja Johor Muar 30 64
8 Walit Agas Tempat Kerja Johor Tangkak dan Muar 25 45
9 Jalan Minyak Beku Tempat Kerja Johor Batu Pahat 15 216
10 Batu Empat Tunjong Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, dan Pasir Puteh 29 66
11 Industri 5084 Pengkalan Chepa Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 12 20
12 Tapak Bina Persiaran Pertahanan Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Titiwangsa 115 570
13 Sungai Sentebu Komuniti Sarawak Sarikei 48 69
14 Ulu Sangan Komuniti Sarawak Tatau 12 59
15 Kampung Berangan Apam Komuniti Kelantan Pasir Mas 8 19
16 Kampung Senggang Komuniti Perak Kuala Kangsar 18 47
17 Jalan Bukit Delima Kumpulan Berisiko Tinggi Negeri Sembilan Seremban 28 37
Loading...
Back To Top