Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria menghadap YDP Agong

 Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Tun Arifin Zakaria dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini


Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat menghadap Agong hari ini

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Tun Arifin Zakaria dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Pertemuan bersama bekas ketua hakim negara itu menyusul selepas siri pertemuan Yang di-Pertuan Agong bersama ketua-ketua parti politik sejak minggu lalu.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat diwujudkan dengan peranan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

Selain Arifin, 18 lagi individu turut menganggotai Ahli

Loading...
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Antaranya bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Ketua Pengarah Kesihatan Prof Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif dan pakar 

bedah jantung Tan Dri Dr Yahya Awang.

Kenderaan yang dipercayai membawa Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria dilihat masuk ke Istana Negara pagi ini.

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengerusi-jawatankuasa-khas-bebas-darurat-menghadap-agong-hari-ini-303206


Sembah mengadap Pengerusi Jawatankuasa Khas Darurat 2021 ke atas Yang di-Pertuan Agong
Loading...
Back To Top