Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Semua Sekolah Di Bawah KPM Di Seluruh Selangor Ditutup Mulai 6 Mei

Seluruh sekolah di Selangor bawah Kementerian Pendidikan diarah ditutup 

Semua sekolah di bawah KPM di seluruh Selangor ditutup mulai 6 Mei


Astro Awani
5/5/2021

KUALA LUMPUR : Seluruh sekolah di Selangor bawah Kementerian Pendidikan diarah ditutup untuk pembelajaran secara bersemuka bermula esok sehingga 12 Mei.

Perkara itu dinyatakan melalui Pengarah Pendidikan Negeri, Izmi Ismail melalui surat arahan penutupan sekolah di negeri Selangor yang tular di media sosial.

Surat arahan penutupan sekolah itu diedarkan kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Selangor dan bertarikh 5 Mei 2021.

Ia turut menyatakan KPM mengambil kira keputusan Jawatankuasa Khas Keselamatan negeri Selangor (JKKNS) pada 5 Mei 2021 yang mengesyorkan sekolah ditutup pada 6 Mei hingga 12 Mei 2021.

"Syor JKKNS ini adalah satu usaha untuk mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan kes COVID-19 di Negeri Selangor," menurut surat arahan
Loading...
itu.

Selain itu, pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya Aidilfitri tahun 2021 adalah seperti yang telah dijadualkan pihak sekolah.

"Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu.

Surat arahan itu turut menyebut, semua Pegawai Pendidikan Daerah hendaklah memastikan guru-guru dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

PKP: Bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan mulai Sabtu ini - MB

SHAH ALAM: Semua operasi bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan beroperasi mulai Sabtu ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri tidak bertindak kejam dengan mengarahkan penutupan serta-merta memandangkan pengusaha atau pemilik bazar itu sudah beroperasi hampir 25 hari menjelang Jumaat ini.

"Dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan bazar Ramadan tidak dibenarkan, namun semalam Menteri Kanan Pertahanan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mengeluarkan arahan dibenarkan.

"Kita telah membuat keputusan semua bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan mulai Sabtu ini, 8 Mei ini," katanya pada sidang media khas berhubung pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor di sini, pada Rabu.

[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor | 05 Mei 2021

Amirudin menambah, tempoh pengoperasian sehingga Jumaat dibenarkan bagi membolehkan pengurus dan pemilik gerai bazar Ramadan untuk menyelesaikan tugasan mereka terutamanya menyelenggara dan menguruskan stok-stok yang mungkin telah mereka kumpulkan pada ketika ini.

Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Loading...
Back To Top