Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Projek Keadilan- Memberi Perkidmatan Guaman Kepada Sesiapa Yang Dikenakan Kompoun Tidak Adil Di Petaling Jaya dan Kajang

PN government announced its third movement control order, known as MCO 3.0 with a set of standard operation procedures (SOPs) to follow

Kenyataan Akhbar Bersama

Projek Keadilan untuk Semua

20 Mei 2021

Pada 7 Mei 2021, kerajaan PN telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan ketiga, yang dinamakan PKP 3.0 dengan satu set prosedur operasi standard (SOP) untuk diikuti. Tindakan terhadap pelanggaran mana-mana SOP akan berada di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (PPPB) (Pindaan) 2021, yang berkuatkuasa pada 11 Mac 2021.

Ordinan Darurat yang dipinda telah memperkenalkan beberapa aspek yang membimbangkan yang memerlukan perhatian serius. Ianya adalah seperti berikut:

a. setiap kesalahan di bawah PPPB adalah kesalahan boleh tangkap (seizable offence), iaitu kesalahan yang memberi kuasa kepada pegawai polis untuk menangkap tanpa waran;

b. sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah PPPB 1988 di mana tiada hukuman yang dinyatakan dengan jelas boleh didenda sehingga RM100,000.00 atau dipenjarakan selama maksimum 7 tahun, atau kedua-duanya sekali;

c. pengkompaunan kesalahan di bawah PPPB 1988 meningkat dari RM1,000.00, kepada had RM10,000.00 (untuk seorang individu) atau RM50,000.00 (bagi pertubuhan korporat).

d. Seksyen 31 PPPB 1988 telah dipinda untuk membolehkan penetapan penalti denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Namun definisi kesalahan dan SOP di bawah PKP 3.0 tidak lebih jelas daripada PKP-PKP sebelumnya. Ianya samar, tidak jelas dan saling berubah, serta mungkin telah memberikan budi bicara secara meluas kepada pihak penguatkuasa untuk menafsirkan SOP sepertimana yang mereka fikirkan sesuai. Beberapa contoh insiden termasuklah dimana seorang wanita didenda RM2,000 kerana melintasi sempadan negeri hanya untuk bertemu dengan suaminya yang merupakan seorang anggota polis yang sedang bertugas; warga asing yang dikenakan kompaun RM5,000 setiap orang kerana didapati berkeliaran di pinggir laut pada hujung minggu; dan pelajar-pelajar yang dikompaun RM1,500 kerana berkumpul di kantin; dan banyak lagi kes lain.

Beberapa kesalahan yang mungkin mempunyai risiko penularan virus yang rendah dan tidak membawa kesan besar kepada masyarakat, seperti tidak memakai pelitup muka, gagal melaksanakan penjarakkan fizikal atau gagal mendaftar butiran diri melalui MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki premis; boleh dapat dilepaskan dengan amaran dari pihak penguatkuasa. Namun kesalahan kecil, hampir tidak penting ini dikenakan nilai kompaun yang lebih tinggi daripada gaji minimum kita sekarang. Ini telah menyebabkan keluhan rakyat terhadap ketidakadilan, berat sebelah, penyalahgunaan dan tekanan emosi, yang dirasakan terutamanya oleh mereka yang didakwa melakukan kesalahan.

Sebagai tindak balas terhadap tuduhan ketidakadilan ini dan oleh kerana orang ramai tidak mempunyai saluran untuk mendapatkan nasihat mengenai tindakan yang boleh mereka ambil, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasiah, ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan ADUN Kajang Hee Loy Sian akan bergabung untuk bersama-sama melancarkan sebuah projek: Projek Keadilan untuk Semua.

Project Keadilan untuk Semua (Project Justice for All) merupakan perkhidmatan di mana 12 orang peguam – Peguam Bantuan - telah menawarkan diri sebagai sukarelawan yang akan menyumbangkan masa mereka untuk bekerjasama dengan Ahli-ahli Parlimen dan ADUN tersebut untuk memberikan bantuan nasihat guaman kepada sesiapa sahaja yang dikenakan kompaun tidak adil di bawah PKP 3.0 atas dakwaan telah melanggar SOP.

Bantuan undang-undang ditawarkan kepada penduduk di kawasan / daerah Petaling
Loading...
Jaya:

Parlimen Petaling Jaya

+6011 11403861

mariaparlimen@gmail.com

Parlimen Sungai Buloh

+6012 7707423

parlimensgbuloh@gmail.com

DUN Bukit Lanjan

+6011 69557909

iprbukitlanjan@gmail.com

DUN Kajang

+6014 5122279

dunkajang@gmail.com

Perkhidmatan nasihat dan bantuan guaman ini adalah percuma.

Joint Press Statement

Projek Keadilan untuk Semua

20 May 2021

On 7 May 2021 the PN government announced its third movement control order, known as MCO 3.0 with a set of standard operation procedures (SOPs) to follow. Violations of any of the SOPs will fall under the Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, [Emergency Ordinance (Prevention and Control of Infectious Diseases Act - PCIDA) (Amendment)], which came into force on 11 March 2021.

The amended Emergency Ordinance introduced a few disturbing aspects which calls for serious concerns. They are as follows:

every offence under the PCIDA shall be a seizable offence, i.e. an offence for which a person may be arrested by a police officer without a warrant of arrest;

b. any person who commits an offence under the PCIDA 1988 for which no penalty is expressly provided may be fined up to RM100,000.00 and/or imprisoned for a maximum of 7 years;

c. compounding of offences under the PCIDA 1988 is increased from RM1,000.00, up to a cap of RM10,000.00 (for an individual) or RM50,000.00 (for a body corporate).

d. Section 31 of the PCIDA 1988 has been amended to allow prescription of penalties of a fine not exceeding RM50,000.00 and/or imprisonment for a term not exceeding 6 months.

Yet the definition of the offences and SOPs under MCO 3.0 were no more clearer than previous MCOs. They were vague, unclear and constantly challenging and had possibly allowed for unfettered discretion for enforcers to interpret the SOPs as they think fit. Some instances include a woman who was fined RM2000 because she crossed state boundaries just to meet her police husband who was on duty; foreigners slapped with RM5000 each for loitering at the seafront on a weekend; and students fined RM1500 for loitering at the canteen; and many other cases.

Some of the offences that may have low transmission risk of the virus and would not lead to a wide-scale impact to the community, such as not wearing masks, being too near to another person or failure to record details on MySejahtera or on the log book before entering a premise could be passed off with warnings from the enforcers. Yet these minor, almost inconsequential violations are compounded with fines higher than our present minimum wages. This has led to public cries of unfairness, biasness, abuses and emotional stress, especially felt by those alleged to be guilty of violation.

In response to these alleged unfairness and the public having no channels to turn to nor anyone to advise them on their course of actions, MP Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, MP Sungai Buloh Sivarasa Rasiah, ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong and ADUN Hee Loy Sian have band together to launch their project: Projek Keadilan untuk Semua.

Project Keadilan untuk Semua (Project Justice for All) is a service whereby 12 lawyers -Peguam Bantuan - have volunteered their time to work with the MPs and ADUNs to provide legal assistance to anyone who have been given unfair fines under MCO 3.0 for allegedly violated the SOPs.

The legal assistance are offered to residents in Petaling Jaya area/district and Kajang and the details are as follows:

Parlimen Petaling Jaya

+6011 11403861

mariaparlimen@gmail.com

Parlimen Sungai Buloh

+6012 7707423

parlimensgbuloh@gmail.com

DUN Bukit Lanjan

+6011 69557909

iprbukitlanjan@gmail.com

DUN Kajang

+6014 5122279

dunkajang@gmail.com

This service for legal advice and assistance is free.

Signed by:

Maria Chin Abdullah

MP Petaling Jaya

Sivarasa Rasiah

MP Sungai Buloh

Elizabeth Wong

ADUN Bukit Lanjan

Hee Loy Sian

ADUN Kajang

Selangor State Executive Council

Projek Keadilan untuk Semua


Loading...
Back To Top