Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Astro AWANI Nafi Lapor 'Lockdown' Di Selangor Dalam WhatsApp Tular

Astro AWANI hari ini menafikan mengeluarkan sebarang WhatsApp yang dipercayai tular sehubungan pelaksanaan lockdown di Selangor bermula 21 Mei sehingga 3 Jun depan.

Astro AWANI nafi lapor 'lockdown' di Selangor dalam WhatsApp tular

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Astro AWANI hari ini menafikan mengeluarkan sebarang WhatsApp yang dipercayai tular sehubungan pelaksanaan lockdown
Loading...
di Selangor bermula 21 Mei sehingga 3 Jun depan.

Mesej yang tertera 'Full Lockdown in Selangor from 21 May to 3 June' itu dipercayai berkaitan lockdown seluruh Selangor itu disahkan palsu dan didapati disebar oleh individu tidak bertanggungjawab di beberapa kumpulan WhatsApp pada Rabu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari terdahulu dilaporkan menyatakan kerajaan negeri terbuka kepada sebarang ketetapan yang akan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan situasi semasa COVID-19 di negeri itu.

Bagaimanapun, Amirudin berkata sebarang tindakan yang dilakukan perlu disusuli dengan langkah-langkah susulan yang berkesan.

Pada Rabu, Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar kes positif COVID-19 dengan 2,252 kes berbanding Selasa 1,743 kes.


[TERKINI] Sidang Media Khas Menteri Besar Selangor I 19 Mei 2021

Ia sekali gus menjadikan Malaysia merekodkan peningkatan kes positif baharu COVID-19 tertinggi iaitu 6,075 kes berbanding Selasa sebanyak 4,865 kes dengan 47 kematian.

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...
Back To Top