Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ibu Neelofa mohon maaf pada Istana Johor, Tunku Idris ingatkan adab tidak boleh dijual beli

Loading...
Noor Kartini telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.


xxx
Ibu Neelofa mohon maaf pada Istana Johor, Tunku Idris ingatkan adab tidak boleh dijual beli

Astro Awani

KUALA LUMPUR : "Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli, akan tetapi ia adalah suatu yang terbit di dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik..."

Itu adalah antara rantaian kata yang dimuat naik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di akaun Instagram beliau pada Ahad.

Hantaran itu dipercayai ada kaitan dengan sebuah tangkap layar (screenshot) dari akaun Instagram @noorkartini iaitu milik Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor.

Dalam tangkap layar tersebut, menunjukkan imej dan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan isu cadangan sekatan penuh bersasar bagi menangani kebimbangan lonjakan penularan COVID-19.

Bagaimanapun, disertakan sekali dalam imej itu, kata-kata yang dipercayai mempertikai niat dan saranan Sultan Johor tersebut.

Warga maya yang tidak berpuas hati dengan gaya bahasa yang digunakan itu, telah menularkan tangkapan skrin itu hingga mendapat perhatian Tunku Idris.

Sehingga petang Ahad, perkara itu masih menjadi bualan pengikut Tunku Idris berdasarkan hantaran baharu di Instagram Story Tunku Temenggong itu.

Pada masa yang sama, hantaran berkenaan di Instagram Story Noor Kartini itu dipercayai sudah dipadamkan.

Pada petang Ahad, Astro AWANI telah menerima mesej di aplikasi WhatsApp berhubung isu berkenaan daripada pihak pengurusan Neelofa, bagi pihak Noor Kartini, yang cuba menjelaskan perkara tersebut.

"Berhubung tangkap layar daripada media sosial (Instagram story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada media sosial (Instagram) saya," kata kenyataan itu.

Menurutnya, individu yang dimaksudkan itu merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd yang secara tidak sengaja telah memuat naik Instagram Story tanpa menyedari menggunakan akaun @noorkartini.

"Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

"Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga Diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi," kata kenyataan tersebut.

Akaun milik Noor Kartini juga telah memuat naik kenyataan maaf berkenaan.

FOR MORE NEWS GO TO:



Polis siasat individu hina Sultan Johor
Bernama
Mei 31, 2021 05:23 MYT
Polis siasat individu hina Sultan Johor

Polis masih menyiasat perkara itu kerana dipercayai sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menjalankan siasatan selepas ibu selebriti itu, yang berumur 54 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada 5.44 petang semalam.

"Hasil siasatan mendapati seorang wanita berumur 32 tahun mengaku telah tersilap menggunakan Instagram ibu selebriti itu dengan membuat kapsyen berbentuk kritikan di Instastory akaun Instagram tersebut," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.


Anuar berkata polis masih menyiasat perkara itu kerana dipercayai sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

BACA: Ibu Neelofa mohon maaf pada Istana Johor, Tunku Idris ingatkan adab tidak boleh dijual beli
Pada Sabtu, Instagram milik ibu selebriti itu telah memaparkan gambar dan berita TV3 dengan visual Sultan Johor bertajuk 'Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar' beserta kapsyen berbentuk kritikan.

Ibu selebriti itu bagaimanapun mendakwa seorang pekerjanya telah menyalahgunakan akaun Instagram miliknya bagi tujuan peribadi sebelum membuat laporan polis petang semalam.
-- BERNAMA
Loading...
Back To Top