Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hina YDP Agong, Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni ditahan (Video)

Loading...
Polis menahan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak

Hina YDP Agong, Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni ditahan

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Polis menahan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni bagi membantu siasatan berkait kenyataannya menerusi video di laman YouTube yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata Iswardy ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di kediamannya di Kajang, Selangor pada Sabtu malam.

Suspek direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Tindakan itu dibuat susulan laporan polis berkait video yang dimuat naik individu berkenaan di YouTube miliknya semalam.

Pada Jumaat, Iswardy telah membuat ulasan secara langsung di akaun YouTube miliknya bertajuk "Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun Ini?"

Dalam ulasannya, Iswardy mengeluarkan kenyataan mendakwa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah tidak bertindak terhadap peningkatan kes COVID-19.

Video itu merekodkan lebih 64,000 tontonan sejak ia mula bersiaran pada Jumaat.

FOR MORE NEWS GO TO:





Police after Iswardy Morni After YouTube Video on the YDP Agong! - TOTAL LOCK DOWN: Apa yang kerajaan gagal belajar dalam setahun ini?

Loading...
Back To Top