Kenyataan Akhbar KPK 13 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
13 MAC 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 1,830 kes (304,492 kes kumulatif, 94.4%);
- Kes baharu : 1,470 kes (322,409 kes kumulatif);
- Kes import : 12 kes (8 warganegara; 4 bukan warganegara)
- Kes tempatan : 1,458 kes [1,099 warganegara (75.4%); 359 bukan warganegara (24.6%)];
- Kes aktif : 16,711 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 162 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 70 kes;dan
- Kes kematian : 3 kes (1,206 kes kumulatif, 0.37%; 3 warganegara).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 551 kes (37.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 473 kes (85.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 222 kes (15.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 178 kes (12.1 peratus).
Sebanyak89 kes (6.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (49 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (29 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu (1) kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Terengganu. Ketiga-tiga kes merupakan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lapiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 13 Mac 2021:
- Jumlah kluster : 1,234 kluster;
- Jumlah kluster baharu : Dua (2) kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 808 kluster (termasuk 16 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Bukit Baru, Kluster Jalan Dua Belas, Kluster Lorong Sahabat, Kluster Laman Desaru, Kluster Jalan Bagan, Kluster Jalan Gombak, Kluster Kandi Sungai Besi, Kluster Jalan Pulai 55, Kluster Tapak Bina Jalan Lagoon, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Ladang Baturong, Kluster Tapak Bina Perdana Avenue, Kluster Tapak Bina Casuarina, Kluster Tapak Bina Damanlela, Kluster Jalan i-Park Satu, dan Kluster Jalan Lengkok Satu);
- Jumlah kluster aktif : 426 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 52 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Salak (73 kes), Kluster Lintang Bayan Lepas (56 kes), dan Kluster Tembok Tapah (49 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat dua (2) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini dan kedua-dua kluster tersebut merupakan kluster berkaitan tempat kerja.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Jalan Mega Cemerlang | Johor | Tempat Kerja |
2 | Jalan Pria | WP Kuala Lumpur | Tempat Kerja |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 Mac 2021 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 13 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 551 (9) | 108,419 |
SABAH | 71 | 53,864 |
JOHOR | 101 | 38,965 |
WP KUALA LUMPUR | 158 (2) | 36,364 |
NEGERI SEMBILAN | 6 | 16,681 |
PULAU PINANG | 178 | 13,278 |
SARAWAK | 222 | 12,273 |
PERAK | 72 | 12,241 |
KEDAH | 13 | 7,833 |
MELAKA | 2 | 6,169 |
KELANTAN | 40 | 5,319 |
PAHANG | 8 | 3,940 |
TERENGGANU | 14 | 3,372 |
WP LABUAN | 1 (1) | 2,269 |
WP PUTRAJAYA | 4 | 1,102 |
PERLIS | 29 | 320 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1,470 (12) | 322,409 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,470 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Mac 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 551 kes
- 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 412 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
- 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 222 kes
- 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 123 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 178 kes
- 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 80 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 158 kes
- 90 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pria;
- 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 101 kes
- 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mega Cemerlang;
- 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 72 kes
- 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 71 kes
- Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 40 kes
- Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
- 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perlis: 29 kes daripada kluster sedia ada.
- Terengganu: 14 kes
- 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 13 kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
- Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: Lapan (8) kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: Enam (6) kes
- Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes import dari luar negara.
LAMPIRAN 3
Ringkasan tiga (3) kes kematian pada 13 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
1204 | 246321 | Selangor | Lelaki (WN) | 53 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis |
1205 | 279246 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
1206 | 304131 | Terengganu | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan anemia |
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian dua (2) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER JALAN MEGA CEMERLANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-315601) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga kepada kes dan pekerja-pekerja sebuah kilang pembuatan makanan yang terletak di Jalan Mega 1/6, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Nusajaya. Sehingga 13 Mac 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN PRIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-315782) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat asuhan yang terletak di Jalan Pria 4, Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 13 Mac 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.