Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kren tumbang atas kereta di lebuh raya SUKE - Dua maut, dua lagi parah dalam insiden

Loading...



Dua maut, dua lagi parah dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE

Astro Awani
22/3/2021

KUALA LUMPUR: Dua individu maut manakala dua lagi cedera parah selepas struktur kren tumbang lalu menghempap sebuah kenderaan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.45 pagi.

Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlakunya kejadian melibatkan struktur besi Kren Launcher pembinaan lebuhraya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

"Antara mangsa terlibat merupakan pemandu kereta Bezza tersebut susulan kenderaannya dihempap besi kren berkenaan dan mengalami kecederaan parah.

"Manakala tiga orang mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut. Dipercayai dua mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.

"Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Ketika ini operasi menyelamat masih sedang dijalankan.

Astro AWANI akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

                         

                        
              
Loading...
Back To Top