Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kesalahan Ingkar SOP: Nilai dan kadar pengurangan Kompaun bagi kesalahan yang boleh dikompaun dalam 3 kategori

Loading...


Nilai dan kadar pengurangan kompaun bagi kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan peraturan-peraturan di bawahnya. 

Tiada pengurangan kompaun diberikan jika individu terbabit melakukan kesalahan yang berulang.

KKM




Penerangan Daripada Datuk Seri Takiyuddin Hassan Mengenai 3 Kategori:


Kesalahan kategori pertama termasuklah pengamal perubatan tidak melaporkan kes positif COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan (KKM), mengingkari arahan pegawai diberi kuasa, atau mereka yang dijangkiti enggan ditahan di hospital, di mana ketiga-tiga kesalahan itu boleh dikenakan kompaun sebanyak RM5,000.


"Selain itu, kesalahan kerana berada di pub atau kelab malam akan dikenakan kompaun maksimum RM10,000, manakala peniaga yang membuka pub dan kelab malam dikenakan maksimum RM50,000 kerana dianggap kesalahan kategori tinggi," katanya.

Kesalahan kategori kedua pula ialah masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang akan dikenakan kompaun RM3,000.

Seterusnya, kesalahan enggan mematuhi perintah berkaitan kawasan PKPD yang akan dikenakan kompaun RM4,000, dan enggan memberi maklumat berkaitan kawasan PKPD (RM4,000 untuk individu dan RM20,000 bagi syarikat).

Kategori ketiga membabitkan kesalahan ringan seperti tidak memakai pelitup muka, gagal menjaga penjarakan fizikal dan tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau merekod butiran diri ketika memasuki premis, yang akan dikenakan kompaun RM1,500.

Syarikat atau premis yang tidak mematuhi waktu operasi boleh dikompaun RM10,000.

Mengenai potongan kadar kompaun pula, Takiyuddin menjelaskan, diskaun sebanyak 50 peratus diberikan jika individu atau syarikat membayar dalam tempoh tujuh hari, dan 25 peratus sekiranya membayar dalam tempoh 14 hari.

"Bagi rakyat yang ada masalah seperti orang kurang upaya (OKU), orang miskin, pelajar berusia 18 tahun ke bawah dan mereka yang ada penyakit kronik, boleh membuat rayuan kepada KKM.

"Di Labuan, rayuan boleh dikemukakan kepada tiga kategori pegawai, iaitu Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan pegawai kesihatan epidemiologi.
Loading...
Back To Top