Loading...
Bunuh anak kandung sendiri, pasangan suami isteri dihukum gantung
Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung
Astro Awani
28/2/2021
KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala dua lagi anak pasangan itu dilepaskan dan dibebaskan dalam pertuduhan membunuh seorang gadis yang juga ahli keluarga mereka.
Hukuman itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Datuk Zainal Azman Abd Aziz ke atas Anuar Yusof, 55 tahun, serta isterinya Murni Ahmad, 40 tahun, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Beliau bagaimanapun melepaskan dan membebaskan dua anak mereka, Siti Sarah Anuar, 26, dan adiknya Amir Sharif Anuar, 19, daripada pertuduhan sama.
Mengikut pertuduhan, empat beranak itu didakwa telah membunuh seorang remaja perempuan yang bernama Siti Hajar Anuar yang berusia 22 tahun ketika kejadian.
Kesalahan itu dilakukan pada 26 April 2016 kira-kira jam 10.45 malam di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Kemaman,
Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.
Sebelum ini, media melaporkan punca kematian seorang gadis yang memiliki berat badan cuma 18 kilogram terbongkar apabila mangsa dipercayai meninggal dunia akibat didera oleh keluarganya.
Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana jangkitan kuman selain sebahagian besar tubuhnya mempunyai kesan gigitan manusia.

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
Suami isteri ke tali gantung selepas didapati bersalah bunuh anak perempuan sendiri,5 tahun lalu.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) February 28, 2021
Dalam kejadian 26 April 2016, Siti Hajar Anuar 22 tahun dilapor mati dengan kesan gigitan dan lebam serta berat badan hanya 18KG
Dua lagi anak tertuduh dilepas dan dibebaskan. pic.twitter.com/4LpedrcOMy
Loading...