Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 15 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

15 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,521 kes (218,335 kes kumulatif, 81.9%);
  • Kes baharu : 2,176 kes (266,445 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (1 warganegara)
  • Kes tempatan : 2,175 kes [1,618 warganegara (74.4%); 557 bukan warganegara (25.6%)];
  • Kes aktif : 47,135 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 260 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 112 kes; dan
  • Kes kematian : 10 kes (975 kes kumulatif, 0.37%).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes (41.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 724 kes (79.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 269 kes (12.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 246 kes (11.3 peratus).

Sebanyak 64 kes (2.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depoh tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (40 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (18 kes), Kluster Tembok Tapah (4 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima (5) kes di Selangor, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Johor, dan Perak. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 15 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 996 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 507 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Sibuga, Kluster Taman Tasik Sungai Chua, Kluster Jalan Bukit Bendera, Kluster Lumut Barat, Kluster Pagar Siput, Kluster Kampung Renok, Kluster Sungai Redan, dan Kluster Bah Manggis;
  • Jumlah kluster aktif : 489 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 68 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Senai Utama (131 kes), Kluster Tanjung Suria (68 kes), dan Kluster Tembok Bendera (40 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu (1) kluster melibatkan komuniti, pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Jalan Kepong Selangor Tempat Kerja
2 Jalan Tropicana Selangor Tempat Kerja
3 Jalan Bursa Selangor Tempat Kerja
4 Jalan Tiga Belas Selangor Tempat Kerja
5 Jalan Baru Pulau Pinang Tempat Kerja
6 Tapak Bina Persiaran Mutiara Pulau Pinang Tempat Kerja
7 Jalan Jinjang WP Kuala Lumpur Tempat Kerja
8 Jalan Senai Utama Johor Tempat Kerja
9 Teknologi Lot Enam Melaka Tempat Kerja
10 Guntong Dalam Terengganu  Tempat Kerja
11 Pengkalan Teras Terengganu Komuniti
12 Tembok Tapah Perak Pusat Tahanan
13 Jalan Cheras Selangor Kumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 910 87,853
SABAH 97 51,429
WP KUALA LUMPUR 182 (1) 32,004
JOHOR 269 31,106
NEGERI SEMBILAN 145 13,204
PULAU PINANG 91 9,906
PERAK 83 7,476
KEDAH 33 7,061
SARAWAK 246 6,832
MELAKA 14 5,656
KELANTAN   31 4,030
PAHANG 15 3,541
TERENGGANU 53 2,924
WP LABUAN 0 2,225
WP PUTRAJAYA 7 1,004
PERLIS 0 194
JUMLAH KESELURUHAN 2,176 (1) 266,445

*(   ) adalah merujuk kepada kes import

Loading...
style="margin: 0px 0px 15px;">LAMPIRAN 2

Kes positif 2,176 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 15 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 910 kes 
    • 149 kes daripada kluster-kluster; termasuk 42 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cheras, Kluster Jalan Tiga Belas, Kluster Jalan Bursa, Kluster Jalan Tropicana, dan Kluster Jalan Kepong;
    • 575 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 186 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 269 kes  
    • 164 kes daripada kluster-kluster, termasuk 131 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Senai Utama;
    • 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 246 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 169 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 182 kes  
    • 52 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Jinjang;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 145 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 97 kes 
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 91 kes 
    • 43 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Mutiara dan Kluster Jalan Baru;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 83 kes
    • 64 kes daripada kluster-kluster; termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Tapah;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 53 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Guntong Dalam dan Kluster Pengkalan Teras;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 33 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 31 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 15 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 14 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teknologi Lot Enam
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan 10 kes kematian pada 15 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
966 138228 Sabah Perempuan (WN) 57 Hospital Keningau Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan asma
967 220299 Selangor Perempuan (WN) 65 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
968 228695 Selangor Lelaki  (WN) 71 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
969 236786 WP Kuala Lumpur Lelaki  (WN) 71 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan paru-paru obstruktif kronik (COAD)
970 252671 Selangor Perempuan (WN) 96 Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan kanser payudara
971 261999 Selangor Perempuan (WN) 69 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
972 262900 Selangor Lelaki  (WN) 88 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Penyakit kencing manis dan darah tinggi
973 263120 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 85 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit darah tinggi, jantung, dan Henoch Schonlein Purpura
974 263445 Johor Lelaki  (WN) 66 Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai Penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
975 263849 Perak Perempuan (WN) 91 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN BURSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat yang terletak di Jalan Bursa, Shah Alam. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KEPONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Kepong, Ijok, Kuala Selangor. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TIGA BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan 13/6, Petaling Jaya. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN CHERAS

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-264397) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan Cheras, Kajang. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TROPICANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Mutiara Tropicana, Petaling Jaya. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SENAI UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Mukim Senai, Kulai. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 414 individu telah disaring, di mana 131 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN JINJANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Jinjang Aman, Kepong. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN MUTIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-257703) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan kemasukan ke hospital. Kluster ini melibatkan sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Bayan Mutiara, Timur Laut. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244899) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Baru, Perai. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER GUNTONG DALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Setiu dan Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-248282) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat yang terletak di Bandar Jerteh, Besut. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Guntong Dalam, Setiu. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PENGKALAN TERAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-245538) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pengkalan Teras, Besut. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 237 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEKNOLOGI LOT ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254857) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang terletak di Lot 6, Batu Berendam, Melaka Tengah. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 300 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEMBOK TAPAH

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247782) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Tapah, Batang Padang. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Loading...
Back To Top