Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 14 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

14 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,525 kes (213,814 kes kumulatif, 80.9%);
  • Kes baharu : 2,464 kes (264,269 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (2 warganegara; 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,461 kes [1,705 warganegara (69.3%); 756 bukan warganegara (30.7%)];
  • Kes aktif : 49,490 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 260 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 111 kes; dan
  • Kes kematian : 7 kes (965 kes kumulatif, 0.36%).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes (44.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 867 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 492 kes (20.0 peratus) dan Sarawak sebanyak 161 kes (6.5 peratus).

Sebanyak 54 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depoh tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (18 kes), Kluster Tembok Pengkala Chepa (14 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (10 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (9 kes), Kluster Tembok Renggam (1 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes),  dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Sarawak, dua (2) kes di Selangor serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pulau Pinang. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 14 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 983 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 499 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tembok Gajah, Kluster Tapak Bina Awan Puteh, Kluster Tapak Bina Hartamas, Kluster Tapak Bina Perkasa, Kluster Rantau Semarak, Kluster Rantau Lada, Kluster Dialisis Putra, Kluster Mengkuang, Kluster Jalan Pandan Indah, dan Kluster Firma;
  • Jumlah kluster aktif : 484 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 64 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Istimewa Cemerlang (107 kes), Kluster Jalan Usaha Satu (69 kes), dan Kluster Pasai (65 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan sembilan (9) kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu (1) kluster melibatkan komuniti dan keagamaan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Jalan Istimewa Cemerlang Johor Tempat Kerja
2 Batu 57 Johor Tempat Kerja
3 Jalan Usaha Satu Johor Tempat Kerja
4 Jalan Tebrau Khas Johor Tempat Kerja
5 Jalan Persiaran Teknologi Kulai Johor Tempat Kerja
6 Tapak Bina Jalan Setia Selangor Tempat Kerja
7 Jalan Jelatek Selangor Tempat Kerja
8 Jalan Sepuluh Selangor Tempat Kerja
9 Ria Jaya Kedah Tempat Kerja
10 Patikang Ulu Sabah Komuniti
11 Jalan Badak Perak Keagamaan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 14 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 1,103 (1) 86,943
SABAH 116 51,332
WP KUALA LUMPUR 154 (2) 31,822
JOHOR 492 30,837
NEGERI SEMBILAN 40 13,059
PULAU PINANG 56 9,815
PERAK 85 7,393
KEDAH 92 7,028
SARAWAK 161 6,586
MELAKA 11 5,642
KELANTAN   88 3,999
PAHANG 10 3,526
TERENGGANU 51 2,871
WP LABUAN
Loading...
solid rgb(230, 230, 230); padding: 10px 13.3333px;">1 2,225 WP PUTRAJAYA 4 997 PERLIS 0 194 JUMLAH KESELURUHAN 2,464 (3) 264,269

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 2,464 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,103 kes 
    • 153 kes daripada kluster-kluster; termasuk 98 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Setia, Kluster Jalan Jelatekdan Kluster Jalan Sepuluh;
    • 714 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 235 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 492 kes  
    • 324 kes daripada kluster-kluster, termasuk 251 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Istimewa Cemerlang, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Persiaran Teknologi Kulai, Kluster Jalan Tebrau Khas, dan Kluster Batu 57;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 103 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 161 kes
    • 68 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 154 kes  
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 116 kes 
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster; termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Patikang Ulu;
    • 89 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 92 kes
    • 66 kes daripada kluster-kluster; termasuk 55 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ria Jaya;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 88 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 85 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster; termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Badak;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 56 kes 
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 51 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 40 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 11 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 10 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan tujuh (7) kes kematian pada 14 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
959 147409 Sarawak Lelaki (WN) 63 Hospital Sibu Penyakit darah tinggi dan dislipidemia
960 203502 Sarawak Perempuan (WN) 52 Hospital Sibu Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan gout
961 209409 Sarawak Perempuan (WN) 73 Hospital Sibu Penyakit darah tinggi, kencing manis, dan jantung
962 232885 Sabah Lelaki (WN) 9 Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas Penyakit medulloblastoma
963 257659 Pulau Pinang Lelaki (WN) 62 Hospital Pulau Pinang Penyakit darah tinggi
964 258778 Selangor Perempuan (WN) 83 Hospital Sungai Buloh Penyakit mata kronik
965 258802 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Serdang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN ISTIMEWA CEMERLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Istimewa 7, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 311 individu telah disaring, di mana 109 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU 57

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247495) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 57, Ayer Hitam, Batu Pahat. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN USAHA SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  COVID-19 bermula pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Usaha 1, Taman Perindustrian Ulu Choh, Pontian. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 299 individu telah disaring, di mana 70 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TEBRAU KHAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-250923) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tebrau, Bukit Senyum, Johor Bahru. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERSIARAN TEKNOLOGI KULAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  COVID-19 bermula pada 11 Februari  2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran Teknologi, Taman Teknologi Johor, Senai. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 236 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN SETIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Setia Murni, Setia Alam, Shah Alam. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 320 individu telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN JELATEK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  COVID-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jelatek 2, Pusat Perniagaan Jelatek, Gombak. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 200 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SEPULUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah gudang yang terletak di Jalan U10/10D, Shah Alam. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RIA JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Ria Jaya Light Industrial Park, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 567 individu telah disaring, di mana 81 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PATIKANG ULU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-236561) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan perjumpaan dalam komuniti yang berlangsung di Kampung Patikang Ulu, Keningau. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 185 individu telah disaring, di mana 37 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BADAK

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 226330) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis ceramah yang berlangsung di Kuala Kangsar pada 15 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Badak, Kampung Jeliang, Kuala Kangsar. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Loading...
Back To Top