Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

COVID-19: Selangor Laksana Saringan Komuniti Percuma Di Shah Alam Esok (17 Feb)


COVID-19: Selangor laksana saringan komuniti percuma di Shah Alam esok


Astro Awani
16/2/2021

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan melaksanakan ujian saringan (COVID-19) bersasar komuniti secara percuma di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19, di sini pada Rabu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ujian saringan bersasar itu dilaksanakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menurutnya, penduduk di Seksyen 15, 17,18,19,20 dan Seksyen 24 digalakkan hadir menjalani ujian saringan yang merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menangani COVID-19.

"Khusus buat penduduk di Shah Alam, saringan komuniti akan
Loading...
dilaksanakan esok bermula jam 9 pagi hingga 4 petang di Dewan MBSA Seksyen 19.

"Daftar di screening.selangkah.my," katanya menerusi kenyataan di muat naik di akaun Twitter miliknya pada Selasa.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...
Back To Top