Loading...
Harian Metro
18/1/21
Kekecohan yang tercetus di hadapan sebuah hotel terkemuka di sini semalam dikenal pasti berpunca salah faham membabitkan teman wanita.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mohd Salahuddin Che Ali berkata, seramai 17 remaja lelaki berusia 17 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam pergaduhan itu sudah ditahan.
Beliau berkata, pergaduhan itu tidak membabitkan kumpulan samseng tetapi hanya dicetuskan oleh individu yang berselisih faham mengenai teman wanita sebelum disertai rakan-rakan mereka.
Source: Harian Metro YouTube
Loading...