Loading...
Polis nafi tendang dua remaja lelaki hingga kemalangan
Polis nafi tendang motosikal dinaiki dua lelaki hingga kemalangan
BERNAMA
18/01/2021
GEORGE TOWN, 18 Jan -- Polis menafikan tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bertindak menendang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki sehingga menyebabkan mereka kemalangan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Tanjung Tokong, semalam seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati kejadian itu berlaku pada 5.20 petang di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Tanjung Tokong di sini ketika tiga anggota URB tersebut sedang membuat rondaan di Jalan Sri Pinang.
"Polis yang sedang membuat rondaan itu telah terserempak dengan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki tanpa memakai topi keledar dan polis telah mengarahkan untuk berhenti bagi membuat pemeriksaan namun (penunggang motosikal) terus memecut laju melarikan diri.
"Anggota URB berkenaan bertindak mengejar mereka dan ketika tiba di lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di situ, motosikal dinaiki dua lelaki tersebut tidak berhenti (melanggar lampu isyarat merah) sebelum berlanggar dengan sebuah kereta di persimpangan tersebut," menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata akibat pelanggaran itu, dua lelaki tersebut telah terjatuh dan mengalami kecederaan, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan namun kenderaannya mengalami kerosakan iaitu kemik di bahagian hadapan serta lampu dan bumper hadapan pecah.
Soffian berkata polis menerima satu laporan polis daripada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu agar tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Insp Shahrul Nizam di talian 010-9771517 bagi membantu siasatan," katanya.