Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 27 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

27 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh :1,858 kes (151,018 kes kumulatif, 77.8%);
  • Kes baharu : 3,680 kes (194,114 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (4 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,674 kes [2,384 warganegara (64.9%); 1,290 bukan warganegara (35.1%)];
  • Kes aktif : 42,389 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 314 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 122 kesdan
  • Kes kematian : 7 kes (707 kes kumulatif , 0.36%)

Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,069 kes (29.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 961 kes (89.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 822 kes (22.3 peratus), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 698 kes (19.0 peratus).

Sebanyak 64 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (33 kes), Kluster Tembok Renggam (16 kes), Kluster Damai Pelangi (9 kes), Kluster DTI Sepang (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), dan Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes dari Selangor, dua (2) kes dari Perak, dan masing-masing satu (1) kes dari Sarawak dan Sabah. Kesemua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 27 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 770 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 404 kluster (termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Desa Idaman, Kluster Hala Mutiara, Kluster Slot Berjaya, Kluster Sungai Keluang, Kluster Dialisis, Kluster Tapak Bina Jalan Berangan, dan Kluster Tapak Bina Ikon Bintang);
  • Jumlah kluster aktif : 366 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 80 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah  Kluster Parit Lanjut (521 kes), Kluster Tapak Bina Persiaran Tecoma (157 kes), dan Kluster Industri Grisek (144 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan dua (2) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Parit Lanjut Johor Tempat kerja
2 Industri Grisek Johor Tempat kerja
3 Jalan Trus Johor Tempat kerja
4 Jalan Medini Johor Tempat kerja
5 Tengah Tiga Johor Tempat kerja
6 Pengerang Utara Johor Tempat kerja
7 Tapak Bina Persiaran Tecoma WP Kuala Lumpur Tempat kerja
8 Jalan Danau WP Kuala Lumpur Tempat kerja
9 Jalan Yahya WP Kuala Lumpur Tempat kerja
10 Jalan Pudu WP Kuala Lumpur Tempat kerja
11 Jalan Mutiara Selangor Tempat kerja
12 Tapak Bina Tanjung Selangor Tempat kerja
13 Persiaran Perkilangan Selangor Tempat kerja
14 Jalan Sulaman Sabah Tempat kerja
15 Jalan Seri Perak Tempat kerja
16 Bendayan Sarawak Komuniti
17 Jalan Pengkalan Perak Komuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 822 (3) 57,486
SABAH 295 47,737
WP KUALA LUMPUR 698 (2) 22,973
JOHOR 1,069 18,345
NEGERI SEMBILAN 112 11,333
PULAU PINANG 101 7,480
PERAK 181 (1) 5,765
KEDAH 76 5,417
SARAWAK 70 3,774
MELAKA 63 3,233
KELANTAN   60 3,063
PAHANG 42 2,720
WP LABUAN 1 2,034
TERENGGANU 68 1,757
WP PUTRAJAYA 19 838
PERLIS 3 159
JUMLAH KESELURUHAN 3,680 (6) 194,114

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,680 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Johor: 1,069 kes
    • 737 kes daripada kluster-kluster, termasuk 683 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Parit Lanjut, Kluster Industri Grisek, Kluster Jalan Trus, Kluster Jalan Medini, Kluster Tengah Tiga, dan Kluster Pengerang Utara;
    • 224 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 108 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 822 kes 
    • 137 kes daripada kluster-kluster, termasuk 67 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mutiara, Kluster Tapak Bina Tanjung, dan Kluster Persiaran Perkilangan;
    • 503 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
Loading...
white;">179 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 698 kes  
    • 236 kes daripada kluster-kluster, termasuk 187 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Tecoma, Kluster Jalan Danau, Kluster Jalan Yahya, dan Kluster Jalan Pudu;
    • 216 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 244 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Sabah: 295 kes 
      • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sulaman;
      • 212 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Perak: 181 kes
      • 73 kes daripada kluster-kluster, termasuk  43 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Seri dan Kluster Jalan Pengkalan;
      • 72 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
      • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
      • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Negeri Sembilan: 112 kes
      • 43 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Pulau Pinang: 101 kes 
      • 35 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Kedah: 76 kes
      • 27 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Sarawak: 70 kes
      • 53 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bedayan;
      • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Terengganu: 68 kes
      • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Melaka: 63 kes
      • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Kelantan: 60 kes
      • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
      • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Pahang42 kes
      • 12 kes daripada kluster sedia ada;
      • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 19 kes
      • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Perlis : Tiga (3) kes
      • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

    LAMPIRAN 3

    Ringkasan tujuh (7) kes kematian pada 27 Januari 2021 adalah seperti berikut:

    No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital/ Tempat Kematian Latar Belakang
    701 137785 Perak Lelaki (WN) 55 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
    702 147392 Sarawak Lelaki (WN) 74 Hospital Sibu Gout
    703 177981 Sabah Lelaki (WN) 84 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
    704 188116 Selangor Lelaki (WN) 72 Hospital Shah Alam Penyakit kencing manis dan darah tinggi
    705 188117 Selangor Perempuan (WN) 72 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis
    706 188118 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
    707 189863 Perak Perempuan (WN) 71 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan masalah pendengaran

    *WN merujuk kepada warganegara

    LAMPIRAN 4

    Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

    • KLUSTER PARIT LANJUT

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja kilang yang tinggal di Kampung Parit Lanjut, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 1,451 individu telah disaring, di mana 547 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER INDUSTRI GRISEK

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tangkak dan Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar yang melibatkan pekerja-pekerja kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Grisek, Tangkak. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 537 individu telah disaring, di mana 145 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER JALAN TRUS

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171285) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan kemasukan ke wad. Kluster ini melibatkan kakitangan pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Trus, Johor Bahru. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER JALAN MEDINI

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-150180) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Medini Sentral 5, Nusajaya, Johor Bahru. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 291 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER TENGAH TIGA

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171307) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah  kilang di Batu 3, Jalan Kampung Tengah, Kluang. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER PENGERANG UTARA

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-160550) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja syarikat perkhidmatan di Jalan Persiaran Utara, Pengerang. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 235 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN TECOMA

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar tapak binaan yang terletak di Persiaran Tecoma, Country Height, Kepong. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 376 individu telah disaring, di mana 157 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER JALAN DANAU

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jalan Danau Saujana 1, Setapak, Titiwangsa. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER JALAN YAHYA

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-188849) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar di sebuah institut latihan yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER JALAN PUDU

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-191723) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institut latihan di Jalan Pudu, Lembah Pantai. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER JALAN MUTIARA

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan pra pekerjaan pengawal-pengawal keselamatan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER TAPAK BINA TANJUNG

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Mukim Tanjung 12, Dengkil, Kuala Langat. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 1,252 individu telah disaring, di mana 46 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER PERSIARAN PERKILANGAN

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Shah Alam, Petaling. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 2,121 individu telah disaring, di mana 1kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER JALAN SULAMAN

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-191257) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala yang merupakan pekerja pasaraya di Sulaman Sentral, Kota Kinabalu. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER JALAN SERI

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179537) merupakan kes Influenza Like Illnesses (ILI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Dato Seri Ahmad Said, Ipoh. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER JALAN PENGKALAN

    Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kinta, Kerian, dan Kampar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179550) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Bandar Seri Pengkalan, Kinta. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 4kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER BEDAYAN

    Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-168935) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan beberapa majlis sosial yang diadakan di Kampung Bedega dan Kampung Antayan, Serian. Sehingga 27 Januari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    Loading...
    Back To Top