Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 24 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

24 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,427 kes (141,446 kes kumulatif, 77.0%);
  • Kes baharu : 3,346 kes (183,801 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (6 warganegara dan 1 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,339 kes [2,602 warganegara (77.9%); 737 bukan warganegara (22.1%)];
  • Kes aktif : 41,677 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 265 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 102 kesdan
  • Kes kematian : 11 kes (678 kes kumulatif , 0.37 %)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 950 kes (28.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 805 kes (84.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 431 kes (12.9 peratus) danWilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 390 kes (11.7 peratus).

Sebanyak 242 kes (7.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depot tahanan yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (138 kes), Kluster Damai Pelangi (57 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (22 kes), Kluster Tembok Mempaga (9 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Tembok Renggam (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Tembok Kemus (3 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes dari Sarawak, masing-masing dua (2) kes dari Sabah, Terengganu dan Johor serta masing-masing satu (1) kes dari Melaka dan Selangor. Kes kematian pada hari ini melibatkan 10 kes warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 24 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 733 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : Sembilan (9) kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 385 kluster (termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Semambu dan Kluster Keris Residence);
  • Jumlah kluster aktif : 348 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 69 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (138 kes), Kluster Pasai (136 kes), dan Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor (89 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lapan (8) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster berkaitan pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Ladang Segama Sabah Tempat Kerja
2 Jalan Segama Sabah Tempat Kerja
3 Keluli Tujuh Johor Tempat Kerja
4 Jalan Tengar Johor Tempat Kerja
5 Jalan Sebelas Selangor Tempat Kerja
6 Tapak Bina Sri Petaling WP Kuala Lumpur Tempat Kerja
7 Bukit Emas Negeri Sembilan Tempat Kerja
8 Tapak Bina Flora WP Putrajaya Tempat Kerja
9 Tembok Taiping Perak Pusat Tahanan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 950 (1) 54,334
SABAH 431 46,791
WP KUALA LUMPUR 390 (3) 21,360
JOHOR 378 (3) 16,231
NEGERI SEMBILAN 160 10,997
PULAU PINANG 90 7,165
PERAK 46 5,423
KEDAH 85 5,179
SARAWAK 255 3,379
MELAKA 152 2,988
KELANTAN   77 2,838
PAHANG 63 2,617
WP LABUAN 49 2,032
TERENGGANU 179 1,534
WP PUTRAJAYA 38 782
PERLIS 3 151
JUMLAH KESELURUHAN 3,346 (7) 183,801

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,346 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 950 kes 
    • 323 kes daripada kluster-kluster, termasuk 83 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sebelas;
    • 482 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 144 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 431 kes 
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Segama dan Kluster Ladang Segama;
    • 298 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 390 kes  
    • 77 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sri Petaling;
    • 158 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 152 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 378 kes
    • 88 kes daripada kluster-kluster, termasuk 29 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Keluli Tujuh dan Kluster Jalan Tengar;
    • 171 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Loading...
1.5rem;">
  • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 116 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Sarawak: 255 kes
      • 168 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
      • 87 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Terengganu: 179 kes
      • 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 89 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 38 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Negeri Sembilan: 160 kes 
      • 62 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Emas;
      • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Melaka: 152 kes
      • 95 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Pulau Pinang: 90 kes 
      • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 50 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Kedah: 85 kes
      • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Kelantan: 77 kes
      • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Pahang: 63 kes
      • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Wilayah Persekutuan Labuan: 49 kes
      • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
      • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Perak: 46 kes
      • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Taiping;
      • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 38 kes
      • 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Flora;
      • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
    • Perlis : Tiga (3) kes
      • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
      • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

    LAMPIRAN 3

    Ringkasan 11 kes kematian pada 24 Januari 2021 adalah seperti berikut:

    No. Kematian No. Kes Negeri Jantina Umur (tahun) Hospital/ Tempat Kematian Latar Belakang
    668 115262 Sabah Lelaki (WN) 60 Hospital Tawau Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
    669 147822   Terengganu Lelaki (WN)   83 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan gout
    670 171999   Sarawak Lelaki (WN)   91 Hospital Sibu Penyakit  darah tinggi, jantung, strok, dan dislipidemia
    671 172507   Terengganu Lelaki (WN)   60 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
    672 175859 Melaka   Lelaki (WN) 34 Hospital Melaka Asma
    673 177586 Selangor   Perempuan (WN)   61 Pusat Perubatan Swasta Penyakit kencing manis, darah tinggi, lung fibrosis, dan ostearthritis
    674 179046 Johor   Lelaki (WN)   85 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Penyakit buah pinggang kronik
    675 179047 Johor   Lelaki (WN)   65 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Penyakit kencing manis, dan darah tinggi
    676 179682   Sarawak Perempuan (WN)   54 Jenazah dibawa ke Hospital Sibu   Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
    677 179708 Sarawak Perempuan (WN)   36 Hospital Sibu Penyakit darah tinggi dan obesiti
    678 156800 Sabah Lelaki (BWN) 68 Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan Penyakit ulser perut

    *WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

    LAMPIRAN 4

    Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

    • KLUSTER JALAN SEBELAS

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja kilang di Seri Kembangan, Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang yang terletak di Jalan KPB 11A, Balakong. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 715 individu telah disaring, di mana 83 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER BUKIT EMAS

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Rembau, dan Jempol di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154224) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah institusi awam yang terletak di Bukit Emas, Seremban. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 448 individu telah disaring, di mana 46 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER TAPAK BINA SRI PETALING

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan tapak binaan yang terletak di Sri Petaling, Lembah Pantai. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 261 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER TEMBOK TAIPING

    Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-161008) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan di Taiping, Perak. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER LADANG SEGAMA

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Sebanyak enam (6) kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan tempat kerja. Nama kluster merujuk kepada lokaliti ladang tersebut iaitu di Mukim Segama, Lahad Datu. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER KELULI TUJUH

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar  tempat kerja yang melibatkan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER JALAN SEGAMA

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-166911) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang terletak di Jalan Segama, Lahad Datu. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER TAPAK BINA FLORA

    Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja tapak binaan di Presint 11, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    • KLUSTER JALAN TENGAR

    Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan sebuah kilang di Jalan Tengar, Pasir Gudang. Sehingga 24 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

    Loading...
    Back To Top