Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Waris Fatimah Ammuni Dicari


Waris Fatimah Ammuni dicari

Harian Metro
17 Disember 2020


Kuala Pilah: Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuala Pilah kini berusaha mengesan waris seorang wanita warga emas yang kini terlantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Pegawai warga emas JKM daerah Kuala Pilah, Mohd Ikram Ismail berkata, Fatimah Ammuni Abdullah , 78, sedang dirawat di hospital itu sejak 29 November lalu akibat
Loading...
sakit sendi di kedua-dua belah kakinya.

"Dia (Fatimah) sering mendapatkan rawatan di HTAN namun kali ini sakitnya itu menyebabkan kakinya tidak boleh bergerak.

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, dia dikatakan berasal dari daerah ini dan telah berpisah dengan suaminya.

"Mengikut rekod, dia mempunyai enam orang anak namun dipercayai sudah berpindah keluar dari daerah ini selain terputus hubungan," katanya ketika dihubungi.

Jelas Mojd Ikram, usaha untuk mendapatkan maklumat daripadanya agak sukar kerana dia mempunyai masalah pertuturan selain sering berada dalam keadaan emosi.

"Saya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris wanita ini, diminta menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah ditalian 06-4811163," katanya.

Source: Harian Metro

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...
Back To Top