Kenyataan Akhbar KPK 9 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,112 kes. Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 66,236 kes (84.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 10 Disember 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara kita iaitu sebanyak 2,234 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 78,499 kes. Sebelum ini, negara mencatatkan kes tertinggi pada 24 November 2020 iaitu sebanyak 2,188 kes yang mana sejumlah besar kes-kes adalah melibatkan Kluster Teratai.
Pada hari ni, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,867 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 2,229 kes.
Negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 1,428 kes (63.9 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,321 kes (93.2 peratus) adalah daripada saringan kontak rapat dan kluster-kluster. Kebanyakan kes-kes positif di negeri Selangor pada hari ini melibatkan kluster-kluster berkaitan tempat kerja terutamanya Kluster Seruling dan Kluster Hentian.
Pada hari ini sahaja, negeri Selangor telah melaporkan sebanyak 842 kes (59.0 peratus) Kluster Seruling dan 315 kes (22.1 peratus) Kluster Hentian. Kes di negeri Selangor dijangkakan akan kekal tinggi susulan perluasan Program Saringan Pekerja Warga Asing oleh PERKESO dan tindakan proaktif majikan-majikan di Lembah Klang. Sehingga kini, pengesanan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif masih giat dijalankan di lapangan dan kes-kes yang terlibat telah diasingkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS 2.0 dan Hospital Sungai Buloh.
Selain daripada negeri Selangor, dua (2) negeri lain yang melaporkan kes harian baharu yang tertinggi adalah negeri Sabah iaitu sebanyak 274 kes (12.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 136 kes (6.1 peratus).
Sebanyak 160 kes (7.2 peratus) COVID-19 yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (104 kes), Kluster Bakti (45 kes), Kluster Rumah Merah (8 kes) dan Kluster PTS Sibuga (3 kes).
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Sehingga kini, terdapat 124 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 396 kes (0.50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital/ Tempat kematian | Latar Belakang |
394 | 56860 | Sabah | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Keningau | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, penyakit jantung, dan penyakit paru-paru kronik |
395 | 59752 | WP Labuan | Lelaki (WN) | 26 | Hospital Labuan | Penyakit asma dan bronkiektasis |
396 | 75507 | Sabah | Perempuan (WN) | 63 | Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan | – |
*WN merujuk kepada warganegara .
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 10 Disember 2020, terdapat sebanyak 401 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 214 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Merbok di Selangor, Kluster Lintas di Sabah, dan Kluster Telipok di Sabah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seruling (843 kes), Kluster Hentian (315 kes) dan Kluster Tembok (104 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER TAPAK BINA JALAN BUKIT
Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke 67596) merupakan pekerja di sebuah tapak binaan, telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Berikutan kes positif tersebut, pihak syarikat telah menjalankan saringan bersasar di tempat kerja di mana 46 lagi kes dikesan positif COVID-19. Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAPAK BINA CONDONG
Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 291 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAPAK BINA JALAN STADIUM
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan. Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN DALAM
Kluster ini melibatkan daerah Kulai, Batu Pahat dan Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-74278) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TENUN MERAH
Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-74273) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 287 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
10 Disember 2020 @ 5.30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 10 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 274 | 31,534 |
SELANGOR | 1,428 | 18,960 |
W.P. KUALA LUMPUR | 136 (4) | 7,576 |
NEGERI SEMBILAN | 67 | 6,122 |
KEDAH | 14 | 2,771 |
PULAU PINANG | 42 | 2,487 |
JOHOR | 100 | 2,293 |
PERAK | 115 (1) | 2,283 |
W.P. LABUAN | 0 | 1,405 |
SARAWAK | 1 | 1,073 |
PAHANG | 45 | 627 |
KELANTAN | 3 | 463 |
MELAKA | 5 | 406 |
TERENGGANU | 3 | 242 |
W.P. PUTRAJAYA | 1 | 213 |
PERLIS | 0 | 44 |
JUMLAH KESELURUHAN | 2,234 (5) | 78,499 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 2,234 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 10 Disember 2020 adalah seperti berikut:
- Selangor: 1,428 kes
- 1,239 kes daripada kluster-kluster, termasuk 39 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Bukit;
- 92 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 274 kes
- 100 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 61 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 136 kes
- 104 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Condong dan Kluster Tapak Bina Jalan Stadium;
- 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Empat (4) kes import dari luar negara; dan
- 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 115 kes
- 111 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 100 kes
- 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Dalam dan Kluster Tenun Merah;
- 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 67 kes
- 51 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 45 kes
- 40 kes daripada kluster sedia ada; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 42 kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 14 kes
- 11 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: Lima (5) kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: Tiga (3) kes
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Tiga (3) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
Jumlah sembuh baru: 1112 kes
Jumlah kumulatif discaj: 66236 kes (84.4%)
Jumlah kes baru: 2234 kes
Jumlah kumulatif: 78499 kes
Jumlah kes aktif: 11867 kes
Kes tempatan: 2229 kes
Kes import: 5 kes
Jumlah kematian baru: 3 kes (3 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 396 kes (0.50%)
Jumlah kes di ICU: 124 kes
Pesakit intubated: 60 kes