
Sindiket loteri awam haram tumpas
Harian Metro
13 Disember 2020
Sembilan individu termasuk tiga wanita yang juga pemain loteri awam haram serta penjaga premis berkenaan berusia antara 20 hingga 47 tahun ditahan.
Loading...
large;">DESC Helah sindiket loteri awam haram yang berselindung di sebalik kedai aksesori telefon bimbit serta komputer di Subang Perdana, Subang Mewah dan USJ 3 di sini, terbongkar selepas serbuan dilakukan pihak polis, hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya membuat serbuan serentak di empat premis kira-kira jam 4 petang tadi.
Hasil serbuan dilakukan, sembilan individu termasuk tiga wanita yang juga pemain loteri awam haram serta penjaga premis berkenaan berusia antara 20 hingga 47 tahun ditahan.
Mereka yang ditahan terdiri dua warga tempatan serta tiga warga Indonesia, tiga lelaki Bangladesh serta seorang lelaki Myanmar.
Abd Khalid berkata, pihaknya merampas empat mesin pencetak, 41 kertas nombor loteri awam haram serta wang tunai berjumlah RM1,759 dalam serbuan itu.
Source: Harian Metro YouTube
Loading...