Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Polis PJ Tahan 10 Individu Babit Judi Tanpa lesen

Loading...

Polis PJ tahan 10 individu babit judi tanpa lesen

BERNAMA
07/12/2020 


KUALA LUMPUR, 7 Dis -- Polis menahan 10 individu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan judi tanpa lesen termasuk loteri awam, bookie lumba kuda dan mahjong di sekitar Petaling Jaya pada Sabtu dan Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek judi loteri awam dan bookie lumba kuda terdiri daripada tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing berumur dalam lingkungan 38 sehingga 70 tahun.

Beliau berkata suspek judi loteri awam ditahan di Kampung Lindungan, Kampung Sungai Kayu Ara, kawasan Taman Medan, manakala suspek bookie lumba kuda ditahan di sebuah rumah di Damansara, Petaling Jaya.

“Siasatan mendapati sindiket ini menyasarkan penjualan loteri haram dan pertaruhan lumba kuda kepada penduduk tempatan dan warga asing di sekitar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata lima lelaki dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 57 sehingga 79 tahun pula ditahan di sebuah rumah di Damansara, di sini kerana disyaki terlibat kegiatan judi mahjong.





Loading...
Back To Top