Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ops Dadu: 13 Kaki Judi Termasuk Penjaga Premis Kedai Judi Online Ditahan Dalam Serbuan (1 Video)

Loading...

 

MKL Crimedesk
3 Disember 2020

Buat penyambungan elektrik TNB secara haram selepas beberapa kali diserbu pihak berkuasa. 

Itu antara TINDAKAN. LICIK sindiket perjudian atas talian akhirnya terkantoi malam tadi. 

Ops Dadu itu berhasil apabila 13 kaki judi termasuk penjaga premis kedai judi Online ditahan dalam serbuan OPS Dadu di 3 premis dekat PJS dan Taman Subang Mas malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata 2 premis judi dekat PJS itu didapati pernah diserbu lebih 2 kali. 

Kegiatan mereka dikesan hasil aduan penduduk setempat. 

Sindiket hanya membenarkan pelanggan tetap memasuki premis.

Premis yang dilengkapi kamera litar tertutup CCTV di pintu utama bagi menghidu kehadiran polis. 

Mereka hanya beroperasi selepas waktu bekerja hingga awal pagi. 

DALAM SERBUAN jam 8.30 malam yang melibatkan 7 pegawai dan 21 anggota berjaya merampas sebanyak 26 buah komputer riba bersama sejumlah wang tunai. 

Kesemua suspek berusia 30 hingga 44 tahun itu dibawa ke IPD Subang Jaya untuk tindakan lanjut.

Source: MKL Crimedesk YouTube
Loading...
Back To Top