10 warga China, seorang rakyat tempatan ditahan dalam Op Dadu
BERNAMA
20/12/2020
KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Polis menahan 10 warga China dan seorang lelaki tempatan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket judi dalam talian di sebuah kediaman di Jalan Conlay hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua suspek berusia antara 21 hingga 34 tahun itu ditahan dalam dua serbuan Op Dadu yang dijalankan bermula 2 pagi tadi.
“Dalam serbuan pertama, polis menahan lima warga China dan seorang lelaki tempatan manakala dalam serbuan kedua pada 2.20 pagi, lima lagi warga China ditahan.
“Semua suspek adalah lelaki berusia antara 21 hingga 34 tahun dan polis turut merampas 190 telefon bimbit serta lima komputer riba yang digunakan untuk melakukan kegiatan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Zainal berkata suspek warga tempatan direman selama dua hari hingga esok manakala suspek warga asing direman empat hari hingga 23 Dis ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Loading...
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBX0bTWn0SlY8OF1G2kEyXqIu7sXTLWyFIfkmdNeh-7kPiouRejAGBAyg4yhkdyBnenBUkoUeMdphEQogxDn3hB22RwtMnLwbVJ_gumM2kQAQvY0txFF5q90LMOmeFD6f2IZ4HQISeTA/s1080/131424347_3474938422560675_8005653216287763202_o.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;">

Loading...