Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mayat Tergantung Diikat Pada Kayu, Kepala Di Lantai Di Gombak Tengah Tambahan

Loading...
                     
Mayat lelaki dijumpai di Gombak Tengah Tambahan

BERNAMA
07/12/2020


KUALA LUMPUR, 7 Dis -- Satu mayat seorang lelaki dijumpai dalam keadaan tidak sempurna, tergantung di dalam sebuah rumah kosong di dalam kawasan hutan berdekatan Gombak Tengah Tambahan, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan forensik serta unit anjing pengesan, bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat itu sejurus selepas menerima maklumat mengenainya pada kira-kira pukul 10.50 pagi.

“Bahagian tengkorak kepala berada di lantai dan bahagian badan masih tergantung dengan tali yang diikat pada kayu bumbung rumah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang pengenalan diri pada mayat itu, sementara rumah berkenaan tidak diketahui pemiliknya, selain tiada rumah terletak berhampiran.

Siasatan awal mendapati tiada sebarang tiada unsur jenayah di tempat kejadian dan sampel dari rangka telah diambil untuk ujian Covid-19 sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh,” katanya dan menambah orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes berkenaan atau kehilangan keluarga boleh menghubungi Balai Polis Gombak atau balai berdekatan.

 


Loading...
Back To Top